Berita Auto

Ranking Kepuasan Pelanggan Mitsubishi Motors Tertinggi

Kepuasan Perkhidmatan Pelanggan Selepas Jualan untuk dua tahun berturut-turut.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini menduduki tempat tertinggi dalam kajian pasaran J.D. Power 2019 Malaysia Customer Service Index (CSI). MMM menduduki tempat tertinggi dalam kepuasan keseluruhan dengan skor 791. Ini adalah tahun kedua berturut-turut MMM disenaraikan nombor satu.

“Kami gembira kerana mendapat ranking kedudukan tertinggi bagi Kajian Indeks Khidmat Pelanggan Malaysia (Mass Market) 2019 yang dijalankan oleh J.D. Power. Kami turut gembira memenangi pengiktirafan ini untuk tahun kedua berturut-turut dan kekal dalam tiga kedudukan teratas selama lima tahun berturut-turut! Ini mencerminkan komitmen kami untuk terus memberikan pengalaman pelanggan yang memuaskan dan positif dari permulaan pembelian pertama kepada perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan.

Kami tidak akan berdiam diri kerana kejayaan kami, kami akan terus kekal di atas dan menyediakan pelanggan kami dengan pengalaman pelanggan yang memuaskan.” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia.

Menurut JD Power, Kajian Indeks Khidmat Pelanggan Malaysia (Pasaran Massa) 2019 berdasarkan respon daripada 2,644 pemilik kenderaan baru yang menerima kenderaan baharu mereka antara Februari 2016 dan Jun 2018 dan mengambil kenderaan mereka untuk perkhidmatan ke pusat khidmat yang diberi kuasa antara Februari 2018 dan Jun 2019.

Kajian ini mengukur kepuasan pelanggan dengan proses servis dan kenderaan-pulangan dan dari Februari hingga Jun 2019.

Mitsubishi-2

 

Previous post

Porsche Taycan Tunjuk Keupayaan di Litar Ujian Nardo

Next post

5 Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Memilih SUV Lebih Dari Sedan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *