Kunjungi Karnival Jualan Ford Ranger Hujung Minggu Ini
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan ‘Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger’ untuk Semenanjung Malaysia. Karnival ini berlangsung dari Ogos ini sehingga Oktober depan.
Pengunjung akan berpeluang menerokai dan merasai kehebatan Ranger Raptor dan Ranger WildTrak melalui acara permainan dan pelbagai aktiviti, selain berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan berserta barangan eksklusif Ford.
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan termasuklah mencuba ciri Parkir Selari Separa Automatik (Semi-Automatic Parallel Parking) yang terdapat pada Ranger. Para pengunjung juga menyertai ‘Cabaran Satu Jari’ di mana pengunjung perlu membuka dan menutup pintu but Easy Lift Tailgate Ranger dengan hanya satu jari.
Untuk Ranger Raptor, para pengunjung akan cuba mencari FOX Racing Shox dengan hanya menggunakan panel cermin. FOX Racing Shox merupakan satu-satunya sistem gantungan perlumbaan yang terdapat pada trak pikap yang memberikan 30 peratus lebih pergerakan roda bagi pengendalian di laluan lasak pada kelajuan tinggi.
Sementara itu, pelanggan yang membuat tempahan mana-mana varian Ranger di karnival tersebut akan berpeluang memenangi sebuah basikal yang sepadan dengan gaya hidup aktif dan mencabar Ranger.
Mereka yang membeli sama ada Ranger WildTrak atau Ranger Raptor dalam bulan Ogos sehingga 30 September 2019 pula akan menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan menerima Petronas Gift Card bernilai RM1,000. Pelanggan yang membeli Ranger WildTrak sepanjang tempoh promosi akan turut mendapat rebat RM3,000.
Tarikh dan lokasi ‘Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger’ adalah seperti berikut:
- 17-18 Ogos 2019 – Ford Damansara, Capital Intertrade
- 24-25 Ogos 2019 – Ford Klang, Semangat Anggun Auto
- 6-7 September 2019 – Ford Petaling Jaya, SDAC PJ2
- 28-29 September 2019 – Ford Taiping, Acecourt Taiping, Perak
- 5-6 Oktober 2019 – Ford Seri Kembangan, 2020 Motors
No Comment