Kereta Semakin Besar Tetapi Lot Pakir Kereta Tidak
Kereta semakin lebar dan pemiliknya semakin gemuk macam saya … macam mana?
Kami pasti anda telah mengalami perkara ini dalam satu cara atau lain.
Situasi!
1. Anda temui tempat letak kereta di tepi jalan dan apabila anda cuba masuk, kenderaan depan dan belakang telah masuk kedalam line / ruang anda.
2. Anda jumpa tempat letak kereta di pusat membeli-belah. Andam masuk tetapi anda tidak boleh membuka pintu untuk keluar dari kereta anda tanpa menyentuh kereta di sebelah anda.
Ini adalah masalah abad ke-20 yang tidak akan ke mana-mana.
Semua kenderaan baru yang dilancarkan semakin bermilimeter besar kesetiap arah dan pembeli kereta sentiasa mahukan kereta baharu mereka lebih besar.
Kereta baharu telah membesar sebanyak 25% sepanjang 30 tahun yang lalu (lihat Honda Civic generasi pertama dan versi semasa) dan ruang letak kereta masih sama saiznya. Kemudian untuk memburukkan lagi keadaan, terdapat lonjakan besar segmen 4x4s besar dan SUV dan mereka semua cuba untuk menyumbatkan diri mereka ke tempat letak kereta kami yang semakin mengecut.
Oleh itu, tempat letak kereta tidak menumbuh bersama-sama dengan kenderaan yang di dalamnya.
Ruang letak kereta purata: 4.8 x 2.4 meter dan di sini adalah beberapa saiz SUV baru untuk perbandingan:
Mercedes GLS: 5.05 x 1.98 meter
Audi Q7: 5.05 x 1.96 meter
Volvo XC90: 4.95 x 2 meter
BMW X5: 4.88 x 1.93 meter
Penyelesaian?
Kita perlu mendapatkan majlis-majlis bandaraya dan pemilik pusat membeli-belah untuk bekerjasama untuk mendapatkan ukuran baru yang sesuai dengan kenderaan dan pemiliknya yang semakin besar.
No Comment