Kereta Nasional Ketiga Sah Akan Menjadi Kenyataan
Menteri Kementerian Perdagangan dan Perusahaan atau MITI, YB Datuk Darell Leiking mengumumkan bahawa DreamEDGE Sdn Bhd sebagai syarikat pemaju negara di pertanggungjawabkan menghasilkan kereta nasional baharu ini.
Pengumuman itu dibuat di ibu pejabat DreamEDGE di Cyberjaya, hari ini.
Sebagai permulaan, kereta kebangsaan baharu ini akan mengambil pendekatan baru untuk membahagikan dirinya sebagai model eksklusif yang memaparkan teknologi canggih dan mampu milik.
Kereta nasional baharu ini akan direka bentuk dan dibangunkan sepenuhnya oleh para jurutera Malaysia, dengan memberi tumpuan kepada bahagian atas badan, dalaman dan sistem interface mesin-manusia, serta peningkatan bunyi bising, getaran & kekasaran (NVH) dan pengendalian penumpang (R & H). Daihatsu Motor Company akan memberikan sokongan kepada DreamEDGE dalam teknologi canggih.
Kenyataan Media
No Comment