Model Land Rover Defender 2020 Sedang Diuji Di Padang Pasir
Bulan Sabit Merah Uji Defender bahuru di padang pasir.
Land Rover telah bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah sejak tahun 1954, sejak era Land Rover yang awal, Siri 1 di mana mereka memastikan bahawa bantuan perubatan dan organisasi bantuan dapat beroperasi di negara-negara yang kurang rangkaian jalan raya yang berturap.
Persekutuan Antarabangsa Bulan Sabit Merah (IFRC) adalah rangkaian kemanusiaan terbesar di dunia yang membantu 150 juta orang di 189 Pertubuhan Kebangsaan melalui kerja lebih daripada 13 juta sukarelawan.
Pakar armada dari IFRC adalah sebuah organisasi kemanusiaan global, yang menyelaraskan dan mengarahkan bantuan antarabangsa berikutan bencana alam dan buatan manusia dalam situasi yang tidak berkonflik membawa Defender semua baharu ini ke Lebuh Raya, Jebel Jais di Emiriah Arab Bersatu untuk ujian cuaca panas di luar dan di atas jalan, dalam pasir lembut dengan suhu melebihi 100 darjah Fahrenheit serta pada selekoh tajam lebuh raya berterap itu sendiri.
“Bulan Sabit Merah membantu berjuta-juta orang yang mengalami krisis setiap tahun, di hampir setiap negara di dunia,” kata Ilir Caushaj, ketua pasukan IFRC untuk armada global dan logistik.
“Kami beroperasi di setiap pelusuk dunia, sering bekerja di kawasan yang sangat sukar, jadi pasukan kami harus dapat melakukan apa-apa saja.
Itulah sebabnya kami berbangga kerana telah bekerjasama dengan Land Rover sejak 1954 dan membantu mereka menguji Defender baharu mereka, kerana mereka bersama-sama membantu kami membantu masyarakat yang terdedah dalam krisis, siapa sahaja dan di mana sahaja mereka berada. “
No Comment