Punca Trafik Jam Lebuhraya Persekutuan Petang Semalam Hingga Pagi Tadi
Kesan masih terasa. Kerja2 pembaikan masih berjalan.
Jalan-jalan di sekitar Petaling Jaya dan Glenmarie semuanya macet (jam) dengan pemandu yang cuba masuk dan/atau keluar Lebuhraya Persekutuan.
Inilah sebabnya. Pada 31 Julai 2019 pada kira-kira pukul 7 malam, ada paip air yang pecah di Laluan Lebuhraya Persekutuan yang sibuk di Km 6.6 (Shah Alam – Kuala Lumpur). Dekat dengan sempadan gerbang Selangor / Kuala Lumpur.
Kedua-dua lorong kanan dan tengah di Lebuhraya Persekutuan ditutup buat sementara untuk kerja-kerja pembaikan yang mungkin mengambil masda beberapa jam.
Disebabkan paip pecah ini, pengguna jalan raya dari Klang dan Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur dinasihatkan menggunakan NKVE, LDP atau NPE sebagai laluan alternatif ke bandar.
Info terkini dari Litrak Group:
Perkembangan terkini kejadian paip pecah SYABAS di KM 6.6 Pintu Gerbang (Arah KL) @ 2115hrs:
2 lorong kanan masih ditutup sementara untuk membantu kerja-kerja baikpulih paip pecah SYABAS.
Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif. Sila rujuk link ini untuk maklumat lanjut tentang laluan alternatif:
https://www.facebook.com/659361767497430/posts/1925490414217886?s=1437720727&sfns=mo
Gambar Ehsan:
@LitrakGroup
@SPRINTtrafik
No Comment