Keselamatan / Awas

Drama Trafik Lebuhraya Persekutuan Semakin Hangat – Rajiv Mahukan Tindakan Terhadap Kontraktor Terbabit

Ini adalah berita terkini dari Ahli Dewan Undangan Negeri kami yang berada di tapak kerja memantau kerja-kerja yang sedang dilakukan.

BHP Banner drama lebuhraya persekutuan

Kenyataan Media oleh Rajiv Rishyakaran, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing, Selangor pada Sabtu, 3 Ogos 2019

SPAN mesti mengambil tindakan maksimum terhadap kontraktor yang merosakkan paip air di Lebuhraya Persekutuan.

Kerosakan ini telah menyebabkan gangguan air ke beratus-ratus rumah selama 4 hari, dan telah menyebabkan kesesakkan besar lalu lintas besar-besaran di Lebuhraya Persekutuan.

Kontraktor yang melakukan kerja-kerja utiliti bawah tanah mestilah berhati-hati, tidak memecahkan mana-mana paip atau wayar yang sedia ada kerana gangguan menyebabkan kesulitan yang besar kepada pengguna.

Sudah tiba masanya kerosakan pihak ke-3 dihukum, dan kami memerlukan SPAN sebagai pihak berkuasa untuk memberitahu kami perkembangan ini. Sekiranya tindakkan tidak diambil terhadfap kontraktor terbabit, maka “kesilapan” akan terus berlaku.

Saya juga melawat tapak kerja tersebut pagi tadi. Mereka telah membersihkan rintangan utiliti lain di kawasan itu dan penggantian paip sijangka siap malam ini.

Sementara itu, kami sedang membantu penduduk yang terjejas dengan trak tangki air. Tangki air ini sedang melawati kawasan terlibat. Sekiranya anda memerlukan tangki air ini, beritahu kami alamat anda.

Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai utiliti yang selalu silang-menyilang dibawah permukaan jalan raya. Kalau tidak, air, internet, dan elektrik tidak akan sampai ke rumah anda. Dan apabila kontraktor utiliti terlibat ini menggali terowong menyeberangi lebuh raya persekutuan, mereka telah merempuh paip air.

Saya juga bertemu dengan pelakunya, yang berada di lokasi dan walaupun beliau telah mengucapkan perasaan maaf dan kesal beliau namun SPAN mesti mengambil tindakan maksimum terhadap syarikat itu.

Isu-Federal-Highway-3

Previous post

Prestasi Proton Kembali Menuju Puncak Dengan Jualan 8950 Julai Ini

Next post

Subaru Levorg 2019 Dapat Kuasa Enjin Pernafasan Biasa (NA)

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *