Berita Auto

60 unit Model Terhad Jentera MINI Edisi 60 Tahun Untuk Malaysia

Didatangkan dengan ciri-ciri, reka bentuk dan inovasi yang eksklusif .

Enjin: MINI TwinPower Turbo empat silinder berkapasiti dua liter dengan kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.7 saat. Transmisi DCT Steptronic Sports 7 kelajuan, menjana 192 kk (kuasa kuda) dan puncak tork 280 Nm. Kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j. Kegunaan bahan api, 5.5 liter bagi setiap 100 km dengan emisi CO2 berjumlah 125 g/km.

MINI Edisi 60 Tahun yang hadir dalam warna baharu Hijau ‘British Racing’ yang lebih mempesonakan pada tubuhnya. Jalur Bonet, Projeksi Logo, Ambang Pintu, Stereng bermaterialkan kulit ‘Walknappa’, Ruang Lounge dalam material kulit berwarna ‘Dark Maroon’, Permukaan Interior, dan set roda aloi ringan 17” yang eksklusif dalam versi penggayaan ruji ‘60 Tahun’ dengan 2 tona bersama tayar ‘run-flat’.

Model eksklusif ini juga akan ditawarkan dalam warna ‘Melting Silver’ dengan bumbung dan pelitup cermin sisi berwarna ‘Jet Black’. Jalur bonet berwarna hitam berserta jaluran halus dalam warna ‘Aspen White’ dan ‘British Oak’ turut menonjolkan keeksklusifan jentera MINI Edisi 60 Tahun ini.

MINI Edisi 60 Tahun: RM 255,888.00*

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Kenyataan Media

13 Ogos 2019

MINI Malaysia Memperkenalkan Jentera MINI Edisi 60 Tahun.

Hanya 60 unit model terhad ini akan tiba di Malaysia dengan ciri-ciri, reka bentuk dan inovasi yang eksklusif untuk meraikan sambutan Ulang Tahun MINI yang ke-60.The MINI 60 Years Edition (1)

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2019 – MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah memperkenalkan MINI Edisi 60 Tahun untuk merangkap sejarah pengeluar kenderaan ini selama enam dekad yang berintikan rekaan ikonik serta aspek pemanduan ala go-kart yang sinonim dengan jenama tersebut.The MINI 60 Years Edition (4)

“Sejak lebih dari 60 tahun, MINI telah menambat hati jutaan individu di seluruh dunia dengan jiwa permotorannya yang abadi. Menerusi MINI Edisi 60 Tahun yang hadir dalam warna baharu Hijau ‘British Racing’ yang lebih mempesonakan pada tubuhnya, model eksklusif ini menabik hormat kepada salasilah jiwa perlumbaan British yang diberi nafas oleh MINI, serta ia mengorak langkah untuk membentuk sebuah era yang baharu. Menggiurkan dari setiap sudut, MINI Edisi 60 Tahun menyerlahkan gaya dan resminya – berunsurkan sejarah silam dan wawasan untuk masa hadapan,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Terhad dalam bilangan 60 unit sahaja di Malaysia, MINI Edisi 60 Tahun merupakan model jentera yang unik didatangkan bersama ciri-ciri, reka bentuk dan inovasi yang eksklusif. MINI Edisi 60 Tahun menampilkan Jalur Bonet, Projeksi Logo, Ambang Pintu, Stereng bermaterialkan kulit ‘Walknappa’, Ruang Lounge dalam material kulit berwarna ‘Dark Maroon’, Permukaan Interior, dan set roda aloi ringan 17” yang eksklusif dalam versi penggayaan ruji ‘60 Tahun’ dengan 2 tona bersama tayar ‘run-flat’.The MINI 60 Years Edition (5)

MINI Edisi 60 Tahun: Menyemarakkan Jiwa Permotoran.

MINI Edisi 60 Tahun ditawarkan secara eksklusif di Malaysia menerusi varian MINI Cooper S 3 Door, didatangkan dalam warna Hijau ‘British Racing’ dengan bumbung dan pelitup cermin sisi berwarna putih. Sebagai alternatif, model eksklusif ini juga akan ditawarkan dalam warna ‘Melting Silver’ dengan bumbung dan pelitup cermin sisi berwarna ‘Jet Black’. Jalur bonet berwarna hitam berserta jaluran halus dalam warna ‘Aspen White’ dan ‘British Oak’ turut menonjolkan keeksklusifan jentera MINI Edisi 60 Tahun ini.

The MINI 60 Years Edition (6)

Dengan pakej kelengkapan ‘60 Years Chili’, jentera berkenaan hadir dengan lampu hadapan LED, lampu kabus LED, indikator berwarna putih dan lampu belakang LED dengan imej rekaan Union Jack yang unik. Ketutup sisi eksklusif yang berlencanakan model ulang tahun ke-60 ini membawakan tahap individualiti yang tersendiri, sementara elemen projeksi logo pula diserlahkan daripada cermin luar. Spoiler belakang menonjolkan lagi perwatakan jentera berkenaan dan set roda aloi ringan 17” yang eksklusif bersama penggayaan ruji ‘60 Tahun’ dengan 2 tona menuntaskan penampilan MINI Edisi 60 Tahun.

Kenderaan moden ini didatangkan dengan enjin MINI TwinPower Turbo empat silinder berkapasiti dua liter yang mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.7 saat. Lengkap dengan Transmisi DCT Steptronic Sports 7 kelajuan, MINI Edisi 60 Tahun dapat menjana 192 kk (kuasa kuda) dan puncak tork berjumlah 280 Nm. Model eksklusif ini juga berupaya untuk mencatat kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j, pada masa yang sama, ia mengguna pakai bahan api berjumlah 5.5 liter bagi setiap 100 km dengan emisi CO2 berjumlah 125 g/km. Tetapan Suspensi Sport yang dirumus untuk pemanduan yang berorientasikan prestasi juga menyinambungkan aspek pengendalian ala go-kart yang sinonim dengan MINI.

The MINI 60 Years Edition (7)

Di ruang dalam, jentera MINI Edisi 60 Tahun menampilkan stereng sport MINI Yours bermaterialkan kulit ‘Walknappa’ yang disulam dengan tangan, ia juga membawakan lambang ‘60 Tahun’ di bahagian bawah. Lencana lambang tersebut turut menghiasi lapisan strip di seksyen ambang pintu hadapan untuk menyerlahkan lagi perwatakannya. Upholsteri kulit yang menawan ditawarkan dalam versi warna ‘MINI Yours Lounge 60 Years Dark Maroon’, ia disinambungkan dengan sulaman yang menonjol untuk memberi penghormatan kepada salasilah MINI dalam aspek kesenian. Paparan Skrin Sentuh 6.5” yang beresolusi tinggi dengan fungsi Navigasi di ‘MINI Centre Instrument’ kini memuatkan teknologi yang tercanggih serta pelbagai informasi navigasi di hujung jari pemandu.

MINI Edisi 60 Tahun juga hadir dengan pakej pencahayaan interior, komputer terintegrasi, penyaman udara dengan fungsi kawalan suhu automatik, sensor hujan dan pakej kompartmen muatan. Mod Pemanduan MINI dalam ‘Green’, ‘Mid’ dan ‘Sport’ turut melengkapi jentera MINI Edisi 60 Tahun untuk menzahirkan sebuah pengalaman pemanduan yang dapat diperibadikan mengikut cita rasa pemandu. Di samping itu, Pakej ‘MINI Excitement’ membolehkan pemandu mengawal ambien pencahayaan mengikut kreativiti masing-masing, sebanyak 12 pilihan warna disediakan.

Kelengkapan ruang interior yang standard buat jentera MINI Edisi 60 Tahun hadir dalam bentuk kamera pandang belakang dan cermin pandang belakang yang bersertakan fungsi anti silau, cadar velor yang anggun, tempat duduk ‘sport’ untuk pemandu dan penumpang di hadapan, termasuk pelaras ketinggian bagi tempat duduk penumpang di hadapan. Kemudahan pemasangan ISOFIX kerusi kereta kanak-kanak turut memaksimumkan tahap keselamatan bagi para keluarga yang membawa anak kecil bersama mereka.

The MINI 60 Years Edition (8)

Bukan itu sahaja, keupayaan keterhubungan yang ekstensif dan perkhidmatan yang diperibadikan juga dapat ditawarkan melalui MINI Connected, ia hadir dengan fungsi Panggilan Kecemasan Pintar, ‘Teleservices’, MINI Dalam Talian (MINI Online) dan Servis Jarak Jauh. Para pemilik juga dapat menikmati tawaran Apple CarPlay dengan jentera MINI Edisi 60 Tahun milik mereka. Integrasi pintar antara telefon mudah alih iPhone milik pemandu dan sistem paparan jentera tersebut membolehkan pemandu menerima maklumat navigasi, membuat panggilan, menghantar dan menerima mesej serta mendengar muzik.

Pengalaman pemanduan MINI Edisi 60 Tahun turut dinaik taraf dengan ‘Comfort Access’, Kawalan Jarak Parkir Hadapan dan Belakang, Kawalan Luncur (Cruise Control) dengan fungsi pembrekan serta Kawalan Prestasi yang memelihara keseimbangan kenderaan tersebut ketika membuat olahan yang dinamik.

Sempena sambutan Ulang Tahun MINI yang ke-60, para pemilik yang membeli MINI Edisi 60 Tahun bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2019 akan menikmati tawaran program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan. Tawaran perayaan ini memberikan para pemilik had dalam bentuk 60 bulan atau 80,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu) untuk Servis Berjadual Percuma serta Waranti bertempoh 60 bulan Tanpa Had Perbatuan. Bagi pembelian yang dibuat selepas 31 Ogos 2019, MINI Edisi 60 Tahun berkenaan akan ditawarkan bersama Waranti Tanpa Had Perbatuan Selama 4 Tahun oleh MINI serta Servis Berjadual Percuma.

The MINI 60 Years Edition (9)

Servis Dalam Talian MINI.

Kini lebih mudah untuk membuat janji temu. Program servis dalam talian yang baharu ini membolehkan para pelanggan menjadualkan keperluan servis mereka secara terus dengan wakil pengedar MINI bertauliah pilihan masing-masing melalui www.service.mini.my.

The MINI 60 Years Edition (10)

Bantuan Tepi Jalan MINI (MINI Roadside Assistance).

Jentera MINI Edisi 60 Tahun diliputi oleh program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 5 Tahun oleh MINI Malaysia, ia ditawarkan untuk semua kenderaan MINI bersama pelbagai perkhidmatan komprehensif yang merangkumi Talian Bantuan 24 jam, 365 hari setahun untuk Kecemasan dan Kes Kemalangan; Servis Penundaan Percuma dan sekiranya perlu (lebih daripada 200 KM dari tempat kediaman); Kenderaan Ganti; Mobiliti Lancar (Seamless Mobility); Akomodasi; Solusi Servis Mobiliti; serta servis Repatriasi.

Program Bantuan Tepi Jalan MINI (MINI Roadside Assistance) boleh diakses dengan menghubungi talian 1800-88-8808.

The MINI 60 Years Edition (11)

Pembiayaan MINI.

Dengan ‘Easy Drive’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, MINI Edisi 60 Tahun boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 3,358.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh empat tahun, dengan had perbatuan berjumlah 20,000 km setiap tahun).

Anggaran* harga jualan (atas jalan bagi pendaftaran peribadi, tanpa insurans) MINI Edisi 60 Tahun ialah:

MINI Edisi 60 Tahun:            RM 255,888.00*

Maklumat lanjut mengenai MINI Edisi 60 Tahun boleh didapati di www.mini.my.

The MINI 60 Years Edition (3)

 

 

Previous post

Bayangan Bagaimana Rupa Kereta Nasional Ketiga Kita

Next post

Rezvani Tank - Epitome Sebuah Kereta Kebal

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *