Motosikal / Skuter / Roda

Naza Premira Lancar 3 Model Vespa Baru

Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, memperkenalkan tiga model baru iaitu Vespa Primavera S 150, Vespa Sprint S 150 dan Vespa S125 Carbon Edition.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Vespa Primavera S 150

Vespa Primavera 150 S

Menggantikan Primavera 150 ABS, model ini dilengkapi dengan rim aloi 12 inci lima batang, pelindung sisi dan penutup hon berwarna kelabu bagi mendapatkan imej yang lebih menonjol.

Dikuasakan oleh enjin i-Get 150 cc, Primavera S 150 direka untuk memberikan tunggangan yang lancar, senyap dan selesa, dan pada masa yang sama menjanjikan prestasi optimum dengan kehadiran sensor barometric.

Model ini boleh didapati dalam warna Red Profondo, Black Vulcano dan White Innocenza dengan harga bermula RM16,400.

Vespa Sprint S 150

Vespa Sprint S 150

Dibangunkan sebagai model paling ‘bersemangat’ dalam keluarga Vespa, Sprint S 150 memakai badan keluli sepenuhnya yang dipadankan dengan rim 12 inci untuk tunggangan yang menyeronokkan.

Pengganti Sprint 150 ABS ini turut dilengkapi dengan tempat duduk baharu dengan jalur berwarna hitam dan putih. Seperti Primavera S 150, ia dipacu oleh enjin i-Get 150 cc silinder tunggal yang dilengkapi dengan sensor barometric.

Dihiasi dengan pelekat sporty dan perincian berwarna merah berkilat, model ini ditawarkan dalam warna Blue Vicace, Grey Materia dan Black Vulcano. Harga bermula dari RM17,400.

Vespa S125 Carbon Edition

Vespa S125 Carbon Edition

Menampilkan karakter Vespa dari era 70-an, model ini dikatakan paling sesuai untuk golongan muda dan kreatif. Ia dihiasi dengan warna bendera Itali “tricolore” pada bahagian sisi, diiringi dengan lencana dan pelindung hon berwarna hitam, serta pelekat merah pada rim bersaiz 11 inci.

Nadi model ini adalah enjin i-Get empat lejang berkapasiti 125 cc yang menjanjikan tunggangan yang lancar dan senyap, menjadikan ia sesuai untuk ditunggang sama ada di lebuh raya atau di kawasan bandar.

Dijual pada harga RM12,500, S125 Carbon Edition boleh didapati dalam dua warna menarik iaitu Black Vulcano dan White Innocenza.

Ketiga-tiga model terbaru ini boleh didapati di semua wakil pengedar Vespa seluruh negara. Mereka yang berminat boleh melihatnya dengan lebih dekat di siri jelajah Vespa yang diadakan di Sunway Pyramid hingga 11 Ogos ini.

Previous post

Kereta Nasional Ketiga Sah Akan Menjadi Kenyataan

Next post

Ulangtahun BMW Shorties Yang Ke-13 Bertema ‘UNCHARTED’

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *