Berita Auto

Nissan Serena Facelift Mula Dijual di Jepun

Nissan Serena versi facelift telah diperkenalkan di Jepun dan kini MPV itu menerima pelbagai pembaharuan bukan sahaja dari segi reka bentuk, malah kelengkapan dan juga ciri keselamatan.

BHP Banner VW Walnut

Bermula dari bahagian luar, Serena menampilkan imej yang lebih segar menerusi jeriji V-Motion berkembar yang lebih menonjol, diiringi dengan lampu baru serta rekaan bampar hadapan dan belakang yang lebih sporty.

Versi Highway Star pula hadir dengan imej lebih agresif dengan jeriji yang lebih besar, rekaan lampu belakang yang unik serta rim aluminium berukuran 16 inci.

Nissan Serena Facelift

Turut diperkenalkan adalah dua warna baru iaitu Sunrise Orange dan Dark Metal Grey. Kedua-duanya boleh dipadankan dengan bumbung berwarna Diamond Black.

Pembaharuan pada bahagian kabin pula meliputi panel instrumen yang direka semula dan fabrik baru untuk tempat duduk. Bukan itu sahaja, pelindung tempat duduk kalis air turut ditawarkan sebagai pilihan.

Nissan Serena Facelift

Antara ciri terbaru yang ada pada model facelift ini adalah sistem lampu utama LED adaptif. Ia boleh mengesan kehadiran kenderaan dari arah bertentangan menggunakan kamera dan seterusnya menyahaktif mana-mana antara 12 unit LED yang terdapat pada setiap lampu bagi mengurangkan silau.

Selain itu, Serena facelift juga mendapat ciri Intelligent Blind Spot Intervention, Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert, dan Emergency Assist for Pedal Misapplication.

Nissan Serena Facelift

Sistem pemanduan semi autonomi Pro Pilot turut dipertingkatkan dengan kawalan kelajuan dan brek yang lebih lancar, serta keupayaan untuk menangani perubahan permukaan jalan dengan lebih baik.

Aspek teknikal dikekalkan seperti sebelum ini, di mana Serena ditawarkan dalam versi S-Hybrid dan e-Power bagi pasaran Jepun.

Nissan Serena Facelift

 

Previous post

Kereta Semakin Besar Tetapi Lot Pakir Kereta Tidak

Next post

Proton Saga 2019 Dilancarkan - Harga Bermula RM32,800

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *