Calling! Calling! Model-Model Nissan Navara (D40), Grand Livina & X-Gear (L10)
ETCM dan TCEAS sekali lagi ingin mengingatkan dan menggesa pemilik Nissan yang masih belum menjalankan aktiviti penggantian supaya menukar inflator beg udara Takata dengan segara untuk mengelakkan kecederaan and kemalangan yang tidak diingini.
Memandangkan pemilikan kenderaan mungkin berubah dari masa ke semasa, pemilik baru digalakkan untuk menyemak sama ada kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen panggil balik ini.
Kenyataan Media
ETCM & TCEAS MELANJUTKAN KEMPEN PANGGIL BALIK BAGI MODEL NISSAN NAVARA (D40), GRAND LIVINA & X-GEAR (L10) UNTUK PENGGANTIAN INFLATOR BEG UDARA TAKATA
KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2019 – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS), hari ini mengumumkan pelanjutan tambahan kempen panggil balik tambahan bagi pelanggan untuk menggantikan modul inflator beg udara pemandu dan penumpang bahagian depan.
Siasatan telah dilakukan oleh Nissan Motor Co. Ltd dan kira-kira 11,971 unit kenderaan Nissan di Malaysia telah dikenalpasti terjejas dalam kempen panggil balik inflator beg udara Takata.
Model | Kod Model | Tahun Buatan | Unit yang Terjejas | Beg Udara Terjejas |
Navara
(CKD) |
D40 | Jan 2015 – Nov 2015 | 1,326 | Pemandu dan Penumpang Depan |
Grand Livina (CKD) | L10 | Jan 2015 – Mac 2015 | 10,445 | Penumpang Depan |
X-Gear
(CKD) |
L10 | Jan 2015 – Mac 2015 | 200 |
Nissan NP300 Navara yang dilancarkan di Malaysia pada November 2015 serta model jualan semasa yang lain tidak terjejas dalam kempen ini.
Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat dari TCEAS. Pelanggan digalakkan supaya menghubungi cawangan TCEAS yang terdekat untuk menbuat temu janji. Demi kemudahan pelanggan, TCEAS yang terpilih juga telah melanjutkan waktu operasi dan kini dibuka sepanjang 365 hari agar pelanggan boleh menyelenggarakan kenderaan pada hujung minggu dan cuti umum serta meningkatkan kapasiti dalam tempoh kempen panggil balik ini.
Setakat Jun 2019, sejumlah 99,670 kenderaan atau 56% inflator beg udara Takata telah siap diganti oleh TCEAS. Namun masih ada segolongan besar unit kenderaan yang masih belum tampil untuk membuat penggantian.
ETCM dan TCEAS sekali lagi ingin mengingatkan dan menggesa pemilik Nissan yang masih belum menjalankan aktiviti penggantian supaya menukar inflator beg udara Takata dengan segara untuk mengelakkan kecederaan and kemalangan yang tidak diingini. Memandangkan pemilikan kenderaan mungkin berubah dari masa ke semasa, pemilik baru digalakkan untuk menyemak sama ada kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen panggil balik ini.
Model Nissan Yang Terlibat Dalam Kempen Panggil Balik Takata Sebelum Ini.
Model | Kod Model | Tahun Buatan | Beg Udara Terjejas |
Grand Livina (CKD) | L10 | 2007 – 2013 | Pemandu |
2007 – 2014 | Penumpang Depan | ||
X-Gear (CKD) | L10 | 2010 – 2013 | Pemandu |
2007 – 2014 | Penumpang Depan | ||
Navara (CBU & CKD) | D40 | 2007 – 2014 | Pemandu |
2006 – 2014 | Penumpang Depan | ||
Latio | C11 | 2007 – 2015 | Pemandu |
2008 – 2015 | Penumpang Depan | ||
Sentra (CKD) | N16 | 2000 – 2012 | Penumpang Depan |
Frontier (CKD) | D22 | 2004 – 2012 | Penumpang Depan |
X-Trail (CBU & CKD) | T30 | 2000 -2012 | Penumpang Depan |
Teana (CBU) | J31 | 2004 | Penumpang Depan |
Liberty (CBU) | M12 | 2003 | Penumpang Depan |
Pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian tol percuma : 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’ diikuti dengan ‘Recall Campaign’) untuk mengetahui sama ada kenderaan mereka terlibat dalam kempen panggil balik ini.
Segala kos buruh dan alat ganti untuk kempen servis ini adalah percuma.
Selain itu, ETCM juga menyediakan Servis Penggantian Inflators Beg Udara Takata untuk kenderaan Nissan yang terlibat di Karnival Pandu Uji Nissan pada 2 hujung minggu dari 17 hingga 18 Ogos dan 24 hingga 25 Ogos masing-masing yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara.
Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan dengan Aktiviti Penggantian Inflators Beg Udara Takata:
Tarikh | Wilayah | Lokasi |
17 – 18 Ogos | Tengah | ETCM Petaling Jaya |
ETCM Glenmarie | ||
Utara | ETCM Butterworth | |
ETCM Ipoh | ||
Selatan | ETCM Melaka | |
Pantai Timur | ETCM Kuantan | |
Sabah | ETCM Sandakan | |
24 – 25 Ogos | Utara | ETCM Bayan Lepas |
Selatan | ETCM Johor Jaya | |
Sabah | ETCM Kota Kinabalu | |
Sarawak | ETCM Kuching |
ETCM dan TCEAS menegaskan bahawa ketenangan minda dan keyakinan pelanggan menjadi keutamaan syarikat dan amat kesal atas segala kesulitan yang timbul. Kami juga komited dalam memastikan keselamatan pelanggan, servis dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Kami akan bekerjasama untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin.
No Comment