Pekin Auto Dilantik Sebagai Wakil Pengedar Volvo di Johor Bahru
Volvo Car Malaysia telah mengumumkan pelantikan Pekin Auto Sdn Bhd (Pekin Auto) sebagai wakil pengedar terkininya di Johor Bahru, sejajar dengan pelan transformasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan.
Terletak berdekatan Skudai, pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) itu menampilkan konsep Volvo Retail Experience (VRE) yang turut digunakan oleh wakil-wakil pengedar Volvo yang lain.
“VRE melangkaui estetika yang diinspirasikan oleh Scandinavia; ia merupakan manifestasi nilai jenama kami dan keinginan untuk menjaga pelanggan kami sepanjang perjalanan mereka dengan Volvo Cars,” kata Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Cars.
Dengan pembukaan outlet terbaru ini, Volvo Car Malaysia kini mempunyai 13 wakil pengedar di seluruh negara dan jumlah ini dijangka akan bertambah dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
“Saya gembira kerana jenama kami telah diterima dengan baik dalam pasaran. Kami komited dalam memberikan pelanggan lebih banyak pilihan dengan melantik syarikat-syarikat berkelayakan dan profesional seperti Pekin Auto untuk mewakili jenama di kawasan-kawasan penting,” kata Nalin.
No Comment