Pelanggan RHB Bawa Pulang Kereta Mazda Baru
Mazda, dengan kerjasama RHB Investment hari ini menyerahkan hadiah utama bernilai lebih RM200,000 kepada dua pemenang bertuah kempen “Trade & Win 3.0 2018/19”.
Tan Poh Cheok dari Kuala Lumpur membawa pulang sebuah Mazda2 baharu manakala Jang Peir Boon yang juga berasal dari Kuala Lumpur memenangi sebuah Mazda CX-5.
Semasa tempoh kempen tersebut, sejumlah 232 pemenang menerima pelbagai hadiah menarik termasuk baucar untuk barangan elektrik, mata ganjaran AirAsia BIG Points serta pakej percutian.
Diadakan dari 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2019, kempen tersebut disasarkan kepada pelanggan RHB Investment Bank yang baru dan sedia ada. Ia menerima sambutan yang menggalakkan dengan lebih dari 20 juta penyertaan diterima dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
No Comment