Berita Auto

Perodua Myvi Masuk Pasaran Mauritius

Perodua telah melancarkan Perodua Myvi generasi ketiga di Mauritius. Model hatchback popular itu ditawarkan dalam varian 1.3 G AT dan 1.5 H AT, dengan harga atas jalan termasuk insurans masing-masing 699,000 (RM81,300) dan 775,000 (RM90,140) Rupee Mauritius.

BHP Banner Lakaran VW Tiguan

Wakil Pengedar tempatan, Raouf Dusmohamud & Co Ltd, telah mempamerkan Perodua Myvi di Defi Media Motor Show yang berlangsung di Swami Vivekananda International Conference Centre pada hujung minggu yang lalu.

“Perodua Myvi generasi ketiga ini telah diterima baik di Malaysia dan kami percaya rakyat Mauritius akan tertarik kepada ciri ciri yang terdapat pada model ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Menurut Dato’ Zainal lagi, Perodua berhasrat untuk mengeksport 3,270 kenderaan pada 2019, iaitu 50% lebih banyak berbanding 2,184 unit pada tahun lalu. Setakat tahun ini, syarikat itu telah menjual lebih 1,600 unit kenderaan di luar Malaysia dan melancarkan Myvi dan Axia masing-masing di Singapura dan Seychelles.

pic2

“Penampilan sulung Myvi di Mauritius akan mendekatkan kami kepada sasaran eksport akhir-tahun kami dan secara tidak langsung meningkatkan jenama Perodua di peringkat antarabangsa, memandangkan Mauritius terkenal sebagai destinasi pelancongan yang popular,” katanya.

“Dilengkapi dengan lampu LED, sistem kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, Bluetooth, empat atau enam beg udara, serta kawalan kestabilan yang terdapat pada kedua-dua varian, Myvi baharu merupakan kenderaan canggih yang dinanti-nantikan oleh rakyat Mauritius,” kata Pengarah Urusan Raouf Dusmohamud & Co Ltd, Raouf Dusmohamud.

Syarikat itu menawarkan servis percuma sehingga 30,000 km bagi Myvi dan juga bagi model-model Perodua yang lain iaitu Alza, Axia dan Bezza.

??????????

Mauritius adalah pasaran eksport ketiga bagi Myvi generasi ketiga selepas Indonesia (di mana ia dijual sebagai Daihatsu Sirion) dan Singapura.

Negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi itu merupakan antara pasaran luar negara Perodua yang paling lama. Hampir 2,400 kenderaan Perodua telah dijual di sana sejak 1996, termasuk Kancil, Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi generasi pertama dan kedua, Viva dan kini Alza, Axia dan Bezza.

Previous post

Bermaz Motor Lancar Mazda MX-5 RF Facelift

Next post

Walnut Blasting Decarbonizer Dari Volkswagen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *