Berita Auto

Porsche 911 Carrera Coupe dan Cabriolet (992) Diperkenalkan

Lapan bulan selepas kemunculan 911 Carrera S (992), Porsche kini memperkenalkan pula dua model ‘entry level’ dalam barisan 911 iaitu Carrera Coupe dan Cabriolet.

BHP Banner L200

Kedua-dua model terbaru ini dikuasakan oleh enjin turbo 3.0-liter enam silinder yang menghamburkan 385 PS dan 450 Nm, iaitu 65 PS dan 80 Nm lebih rendah berbanding Carrera S. Walau bagaimanapun, jumlah ini masih lebih tinggi sebanyak 15 PS jika dibandingkan dengan model Carrera generasi terdahulu (991).

2020-porsche-911-carrera (3)

Dilengkapi dengan transmisi PDK lapan kelajuan, Carrera Coupe mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.2 saat dan seterusnya mencapai kelajuan maksimum 293 km/j. Dengan pakej Sport Chrono, masa pecutan tersebut boleh dikurangkan sebanyak 0.2 saat.

2020-porsche-911-carrera

Carrera Cabriolet pula boleh melakukan pecutan yang sama dalam 4.4 saat atau 4.2 saat jika dilengkapi dengan pakej Sport Chrono. Seperti yang dijangka, kelajuan maksimum model ini adalah lebih rendah iaitu 291 km/j kerana ia mempunyai berat tambahan sebanyak 70 kg dari penggunaan mekanisma bumbung convertible.

2020-porsche-911-carrera (1)

Dari aspek penampilan, Carrera Coupe dan Cabriolet tidak jauh berbeza dengan model Carrera S kecuali ia didatangkan dengan tayar dan brek yang lebih kecil. Kedua-dua model ini memakai rim aloi 19 inci dengan tayar berukuran 235/40 di hadapan, dan rim 20 inci dengan tayar 295/35 di belakang.

2020-porsche-911-carrera (2)

Kuasa membrek pula dibekalkan oleh cakera berukuran 330 mm dengan angkup monobloc empat omboh pada kedua-dua gandar.

2020-porsche-911-cabriolet

Seperti Carrera S, model-model ini juga mendapat paparan skrin sentuh 10.9 inci dan pelbagai sistem bantuan pemandu canggih seperti Wet Mode sebagai kelengkapan standard.

Previous post

Sertai 'Porsche Sportscar Together Day' Hujung Minggu Ini di Sepang

Next post

7 Lagenda JDM Yang Muncul di Art of Speed 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *