Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Porsche Taycan Catat 7 Minit 42 Saat di Neraka Hijau

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, Porsche Taycan membuktikan kebolehannya sebagai kereta elektrik berprestasi tinggi dengan catatan masa 7 minit 42 saat di litar Nurburgring. Ini meletakkannya sebagai kereta elektrik empat pintu terpantas di litar itu.

Porsche Taycan

Unit yang digunakan untuk catatan masa ini merupakan unit pra-produksi yang dipandu oleh Lars Kern, pemandu uji Porsche.

Porsche Taycan

“Taycan juga sesuai untuk litar lumba dan ia membuktikannya di litar paling sukar di dunia,” terang Kern. “Sekali lagi, saya kagum dengan kestabilan kereta sport elektrik ini di seksyen berkelajuan tinggi seperti Kesselchen dan bagaimana ia memecut dari seksyen sempit seperti Adenauer Forst.”

Porsche Taycan

Sebelum ini, Taycan telah menjalani ujian ketahanan di litar Nardo, di mana ia dipandu sejauh 3,425 km dalam tempoh 24 jam tanpa sebarang masalah. Pada penghujung Julai lalu, Porsche turut melakukan ujian pecutan 0-200 km/j sebanyak 26 kali di sebuah landasan lapangan terbang.

Porsche Taycan

Berikut adalah sedikit spesifikasi teknikal Taycan:

  • Dilengkapi dengan dua motor elektrik yang diletakkan pada gandar depan dan belakang
  • Ini secara tidak langsung memberikannya ciri pacuan semua roda (AWD)
  • Porsche 4D-Chassis Control merangkumi sistem gantungan udara, PASM (Porsche Active Suspension Management), Porsche Dynamic Chassis Control Sport (PDCC Sport) dan Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus)
  • Kereta produksi pertama dilengkapi dengan teknologi 800 volt. Teknologi ini turut digunakan pada jentera lumba 919 Hybrid
  • Dengan lebih 600 PS, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.5 saat

 

Previous post

Syafiq Kyle, Ain Edruce Sedia Beraksi Dalam Toyota Vios Challenge Musim ke-3

Next post

Kereta Terpakai Atau Baikpulih Anda Perlu Waranti Yang Baik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *