Berita Auto

Pelancaran Rasmi Renault Megane R.S. 280 Cup

TCEC melancarkan Renault MEGANE R.S. serba baharu secara rasmi pada harga, Semenanjung Malaysia Transmisi Manual Bermula RM279,888 Transmisi Auto EDC Bermula RM299,888

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu boleh didapati dalam empat pilihan warna – hitam (Diamond Black), putih mutiara (Pearl White) (tambah RM1,000) dan warna signatur kuning (Liquid Yellow) atau oren (Orange Tonic) (tambah RM8,000).

Teknologi-teknologi baru seperti 4CONTROL, enjin pengecas turbo baharu dan beberapa penambahbaikan lain yang diambil daripada sukan bermotor menawarkan prestasi, pengendalian, kestabilan dan keselesaan. Kotak gear automatik Efficient Dual Clutch (EDC) memberikan versatilti untuk pemanduan harian  yang sporty.




Kenyataan Media

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2019 – Setelah menetapkan satu penanda aras dalam dunia hatchback berprestasi tinggi di dunia, Renault MEGANE R.S. kini rasmi kembali ke pasaran Malaysia dengan gayaan yang lebih sporty dan radikal berbanding sebelumnya.

Diedarkan oleh TC Euro Cars (TCEC), Renault MEGANE R.S. generasi baru kini didatangkan dengan transmisi automatik Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan, sebagai tambahan kepada transmisi manual (MT) enam kelajuan sedia ada.

Harga untuk Renault MEGANE R.S. 280 CUP dengan kotak gear automatik Efficient Dual Clutch (EDC) sudah ditetapkan. Sementara harga tanpa cukai untuk transmisi manual dan automatik pula telah diturunkan:

Lokasi Transmisi Manual Transmisi Auto EDC
Semenanjung Malaysia Bermula RM279,888 Bermula RM299,888
Langkawi Bermula RM149,888 Bermula RM159,888

*Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan termasuk SST, tanpa insurans.

Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu padat dengan teknologi baru dan yang telah dipertingkatkan. Ia terbukti menerusi kesungguhan Renault dalam dunia sukan bermotor demi menawarkan prestasi, pengendalian dan kestabilan luar biasa untuk pemanduan yang lebih selesa dan mengujakan.

Sudahpun menaikkan standard pengendalian dengan chasis dan sistem suspensi Renault pada MEGANE R.S. generasi sebelum ini, pasukan jurutera dilihat telah melangkaui had lebih jauh apabila memperkenalkan sistem stereng empat roda 4CONTROL – teknologi pertama dalam segmennya di dunia yang meningkatkan lagi kecekapan ketika mengambil selekoh. Sistem itu berfungsi mengubah suai roda belakang untuk menghala ke arah yang sama dengan roda hadapan sehingga satu darjah pada kelajuan tinggi dan arah bertentangan sehingga 2.7 darjah pada kelajuan lebih rendah. Titik penukaran itu ditetapkan pada kelajuan 60km/j atau 100km/j dalam mode Race.

Ciri baru yang kedua ialah penambahan empat pemampat hidraulik ke atas penyerap hentak yang diinspirasikan daripada teknologi rali. Bagi menambah baik aspek keselesaan suspensi untuk kegunaan harian, hentian lantunan hidraulik ini juga menghilangkan gangguan apabila dipandu secara lebih sporty. Ia memberikan aspek redaman tambahan dan menghilangkan kesan lantunan, sekali gus mengoptimumkan kawalan sentuhan tayar dengan permukaan jalan.

Pasukan pakar di Renault Sport Cars dan Renault Sport Racing turut mencurahkan segala kepakaran mereka ke atas enjin turbo empat selinder 1.8 liter itu. Mereka telah mereka semula kepala selinder, selain mengintegrasikan satu sistem penyejukan baharu, inlet kemasukan udara berkembar kepada pengecas turbo dan sistem pemasaan yang dipacu oleh rantai. Hasilnya, enjin yang telah dimodenkan itu mampu menjana kuasa maksimum 280PS dan tork puncak 390Nm – menjadi antara yang terbaik dalam kelasnya. Pecutan 0-100 km/j dapat dilakukan dalam masa 5.8 saat dengan kelajuan maksimum 255km/j (250km/j untuk varian AT).

Untuk pasaran Malaysia, Renault MEGANE R.S. 280 serba baharu didatangkan dengan chasis CUP. Ia merangkumi mekanikal Torsen dan limited-slip differential untuk menambah baik aspek pengendalian sewaktu pecutan dan memperlahankan kenderaan.

Satu lagi ciri Renault MEGANE R.S. 280 CUP ialah konfiguari lima pintu, berbanding tiga pintu sebelum ini. Pelanggan boleh memilih warna signatur yang baru (Orange Tonic), penambahan kepada warna klasik iaitu kuning (Liquid Yellow).

Kotak gear automatik Efficient Dual Clutch (EDC) untuk keseronokan pemanduan yang tiada tandingan

Kotak gear klac berkembar enam kelajuan EDC telah diperkukuhkan untuk menahan kuasa tork dan rev enjin kereta sports ini. Berdasarkan kepada pecutan yang diperlukan, pecutan ketika gear sedang digunakan dan kelajuan maksimum, pasukan jurutera Renault Sport berjaya mendapatkan nisbah gear yang baru dan corak penukaran gear secara spesifik. Ini selari dengan sistem MULTI-SENSE yang boleh diubah suai bagi disesuikan dengan apa jua corak pemanduan.

Sama seperti kereta lumba, kotak gear EDC hadir dengan paddle shifter. Tempoh penukaran gear bergantung kepada mode MULTI-SENSE yang dipilih:

  • Comfort dan Normal: penukaran gear yang lancar, tanpa sebarang senggukan;
  • Sport: penukaran gear yang pantas dan bunyi enjin lebih kuat;
  • Race: kecekapan tanpa berkompromi dari segi keselesaan, penukaran gear yang lebih pantas

Dalam mode Sport dan Race, kotak gear EDC juga mempunyai fungsi-fungsi berikut:

  • Multi-Change Down: ketika membrek dalam mode manual, ciri ini membolehkan pemandu menurunkan beberapa gear secara serta-merta dengan cara menekan dan memegang paddle shifter sebelah kiri. Kedudukan gear yang terbaik kemudian akan dipilih untuk keluar dari selekoh dengan sebaik mungkin.
  • Launch Control: klac dan turbo telah disediakan lebih awal, membolehkan permulaan pergerakan dilakukan dengan pants seperti sebuah kereta lumba. Dalam mode sport, kawalan cengkaman memberikan sokongan tambahan kepada pemandu untuk mendapatkan cengkaman terbaik dalam kondisi permukaan jalan yang licin.

Pengalaman pemanduan hatchback berprestasi tinggi yang sebenar

Selain daripada teknologi baharu, komponen-komponen utama yang ada pada generasi sebelum ini telah dikekalkan dan ditambah baik pada Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu.

Suspensi hadapan berpaksikan stereng bebas yang dipasang pada MEGANE R.S. sejak tahun 2004 membuktikan kepakaran Renault dalam sistem chasis dan suspensi. Pada asalnya direka untuk kegunaan sukan bermotor, sistem suspensi hadapan berpaksikan stereng bebas telah digunakan pada kenderaan pacuan roda hadapan yang berkuasa tinggi, terutama apabila ia juga dipasang dengan limited-slip differential.

Gandar hadapan Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu telah direka semula sepenuhnya untuk disesuaikan dengan geometri offset negatif rim bersaiz 19 inci dan bagi meningkatkan aspek ketegarannya.

Cukup dikenali kerana digunakan pada MEGANE R.S. generasi sebelum ini, sistem brek telah ditambah baik. Sekali gus memberi lebih keyakinan kepada pemandu. Diameter cakera brek hadapan telah ditingkatkan kepada 355mm (+15mm berbanding generasi sebelumnya).

Cakera dua material/aluminium/besi tuang membantu mengurangkan berat sehingga 1.8kg bagi setiap roda. Pada masa yang sama menambah baik aspek penyejukan ketika digunakan secara intensif. Tetapan pedal brek memberi fokus kepada ketepatan tekanan yang dikenakan. Ini membolehkan pemandu dapat mengawal kenderaan sepenuhnya, terutama di litar lumba.

R.S. Monitor juga telah disemak semula sepenuhnya dengan susun atur lebih mesra pengguna dan ciri yang lebih berkuasa. Sistem telemetri dan pemerolehan data yang canggih ini berfungsi mengumpul serta merumuskan maklumat daripada lebih 40 unit sensor yang dipasang pada seluruh kenderaan. Ia membolehkan pelbagai talaan kereta dipaparkan pada masa sebenar menerusi tablet dengan skrin sentuh R-LINK 2 bersaiz 8.7 inci. Melalui sistem ini, pemandu boleh memeriksa pelbagai data pemanduan seperti pecutan, brek, yaw, sudut stereng, operasi sistem 4CONTROL suhu dan tekanan.

Apabila reka bentuk juga bermaksud prestasi

Dengan gayaannya yang ekspresif dan sporty, Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu telah direka untuk menawarkan prestasi, sehinggalah ke perincian yang terakhir.

Rekaan sisi badan yang spesifik membolehkan wing dilebarkan sebanyak 60mm di bahagian belakang dan 45mm di belakang. Jentera ini juga telah direndahkan sebanyak 5mm, dengan rim baharu bersaiz 19 inci, perkadaran baru itu membuatkan penampilan kereta nampak lebih agresif.

Reka bentuk penuh kuasa itu ditingkatkan lagi dengan sejumlah ciri yang diambil daripada dunia sukan bermotor. Sekali gus meletakkan Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu dalam kategori jentera berprestasi tinggi:

  • Corong pengambilan udara yang lebar pada bampar hadapan bersama bilah seperti jentera F1, merupakan gayaan signatur Renault Sport yang menjadi refleksi kepada pembabitan jenama ini dalam Formula 1. Bilah-bilah yang menerima kemasan warna kelabu satin (Gun Metal Grey) kontras dengan bahagian lain yang lebih berkilat
  • Rekaan corak sarang lebah secara 3D pada gril mengukuhkan lagi DNA Renault Sport
  • Bahagian sisi kenderaan yang maskulin diwarisi daripada reka bentuk Renault MEGANE yang disempurnakan lagi dengan trak hadapan dan belakang yang lebih lebar
  • Pengekstrak udara pada bahagian sisi mengoptimumkan aliran udara pada arca roda
  • Sil sisi mengukuhkan lagi hubungan di antara bahagian hadapan dan belakang, bilah berwarna hitam itu pula menyerlahkan gayaan sebuah jentera Formula 1
  • Spoiler belakang yang lebih nipis itu telah direka semua untuk menambah baik prestasi aerodinamik. Selain membuatkan kereta kelihatan lebih lebar, corong vertikal itu meningkatkan aspek aerodinamik dengan menambah baik aliran udara
  • Bampar belakang dengan peresap udara binaan dalam dan ekzos diletakkan di bahagian tengah menyerlahkan lagi gayaan MEGANE R.S. 280 CUP
  • Kecekapan peresap udara ditingkatkan berbanding generasi terdahulu. Selain membuatkan rekaan lebih sporty, komponen aerodinamik itu membantu meningkatkan kuasa downforce
  • Angkup brek Brembo diberi warna merah pada chasis Cup, jadi ia lebih mudah dikenali oleh para peminatnya
  • Lampu R.S. Vision berprestasi tinggi yang unik dalam segmen ini menggabungkan empat fungsi: lampu sisi, lampu membelok, lampu kabus dan lampu tinggi jarak jauh

Kebolehdapatan dan pandu uji

Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu boleh didapati dalam empat pilihan warna – hitam (Diamond Black), putih mutiara (Pearl White) (tambah RM1,000) dan warna signatur kuning (Liquid Yellow) atau oren (Orange Tonic) (tambah RM8,000).

Pandu uji boleh dilakukan di beberapa bilik pameran terpilih Renault melalui temu janji sahaja dan boleh dipohon melalui laman web Renault Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu atau Renault di Malaysia, sila layari lamen web: www.renault.com.my or www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Renault MEGANE R.S. 1

All-New-MEGANE-R.S._Design-genesis_Sidonie-CAMPLAN-Eric-DIEMERT

Renault MEGANE R.S. 2 Renault MEGANE R.S. 3 Renault MEGANE R.S. 4 Renault MEGANE R.S. 5 Renault MEGANE R.S. 6 Renault MEGANE R.S. 7 Renault MEGANE R.S. 8 Renault MEGANE R.S. 9 Renault MEGANE R.S. 10 Renault MEGANE R.S. 11 Renault MEGANE R.S. 12 Renault MEGANE R.S. 13 Renault MEGANE R.S. 14 Renault MEGANE R.S. 15 Renault MEGANE R.S. 16 Renault MEGANE R.S. 17 Renault MEGANE R.S. 18 Renault MEGANE R.S. 19 Renault MEGANE R.S. 20 Renault MEGANE R.S. 21 Renault MEGANE R.S. 22 Renault MEGANE R.S. 23

Renault MEGANE R.S. 69

Nico Hulkenberg with the All-New Renault MEGANE R.S.

Renault MEGANE R.S. 68

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Six-Speed-Manual-Gearbox

Renault MEGANE R.S. 67

All-New Renault MEGANE R.S._Signature Colour_Orange Tonic

Renault MEGANE R.S. 66

All-New Renault MEGANE R.S._Signature Colour_Liquid Yellow

Renault MEGANE R.S. 65

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Seat-Upholstery-Fabric-Trim

Renault MEGANE R.S. 64

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Renault-Key-Card

Renault MEGANE R.S. 63

All-New-Renault-MEGANE-R.S._R.S.-Vision

Renault MEGANE R.S. 62

All-New Renault MEGANE R.S._R.S. Monitor v2

Renault MEGANE R.S. 61

All-New Renault MEGANE R.S._R.S. Drive Button

Renault MEGANE R.S. 60

All-New-Renault-MEGANE-R.S._R.S.-Badge

Renault MEGANE R.S. 59

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Orange-Tonic_Back

Renault MEGANE R.S. 58

All-New-Renault-MEGANE-R.S._LED-R.S.-Vision-2

Renault MEGANE R.S. 57

All-New-Renault-MEGANE-R.S._LED-R.S.-Vision-1

Renault MEGANE R.S. 56

All-New-Renault-MEGANE-R.S._LED-Headlamp-C-Shaped-DRL-R.S.-Vision

Renault MEGANE R.S. 55

All-New-Renault-MEGANE-R.S._LED-Headlamp-with-C-shape-DRL-3

Renault MEGANE R.S. 54

All-New-Renault-MEGANE-R.S._LED-Headlamp-with-C-shape-DRL-2

Renault MEGANE R.S. 53

All-New-Renault-MEGANE-R.S._LED-Headlamp-with-C-shape-DRL-1

Renault MEGANE R.S. 52

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Interior-RHD

Renault MEGANE R.S. 51

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Hydraulic-Compression-Control

Renault MEGANE R.S. 50

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Front-Exterior

Renault MEGANE R.S. 49

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Exterior-Detail_Rear-Light

Renault MEGANE R.S. 48

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Exterior-Detail-3

Renault MEGANE R.S. 47

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Exterior-Detail-2

Renault MEGANE R.S. 46

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Exterior-Detail-1

Renault MEGANE R.S. 45

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Exhaust-Rear-Diffuser

Renault MEGANE R.S. 44

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Engine-and-Performance

Renault MEGANE R.S. 43

All-New-Renault-MEGANE-R.S._EDC-Dual-Clutch-Gearbox-1

Renault MEGANE R.S. 42

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Double-Megane1

Renault MEGANE R.S. 41

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Door-Panel

Renault MEGANE R.S. 40

Renault MEGANE R.S. 39

All-New Renault MEGANE R.S._Colour_Pearl White

Renault MEGANE R.S. 38

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Colour_Diamond-Black

Renault MEGANE R.S. 37

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Brembo-Brake-Calliper-2

Renault MEGANE R.S. 36

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Brembo-Brake-Calliper-1

Renault MEGANE R.S. 35

Renault MEGANE R.S. 34

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Aluminium-Pedals

Renault MEGANE R.S. 33

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Air-Extractor-2

Renault MEGANE R.S. 32

All-New-Renault-MEGANE-R.S._Air-Extractor-1

Renault MEGANE R.S. 31

All-New-Renault-MEGANE-R.S._19-inch-Wheel-with-Black-Diamond-Finish

Renault MEGANE R.S. 30 Renault MEGANE R.S. 29 Renault MEGANE R.S. 28 Renault MEGANE R.S. 27 Renault MEGANE R.S. 26 Renault MEGANE R.S. 25

 

Previous post

Kenapa DreamEDGE Tak Beli Proton Bila Ada Peluang Dulu?

Next post

Naza Anjur Tawaran Merdeka Kia, Citroën, Peugeot, dan Ducati

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *