UMW Toyota Panggil Semula 41,000 Kenderaan
UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan kempen servis istimewa bagi penggantian inflator beg udara untuk beberapa model Toyota yang dijual oleh syarikat itu.
Kenderaan yang terlibat dalam kempen ini telah dipanggil semula untuk penukaran inflator beg udara Takata antara 2014 dan 2019, di mana sejumlah kenderaan menerima inflator beg udara jenis ‘non-desiccated’. Bagi kempen kali ini, inflator tersebut akan digantikan dengan unit yang ditambah baik.
Menurut UMWT, kempen terbaru ini melibatkan sejumlah 41,000 unit kenderaan Toyota keluaran dari 2001 hingga 2013. Berikut adalah model-model yang terlibat:
- Vios – keluaran May 2003 hingga Ogos 2007, dan September 2007 hingga Julai 2013
- Corolla Altis – keluaran Julai 2001 hingga Julai 2007
- Camry – keluaran Jun 2002 hingga Disember 2005
- Yaris – keluaran Januari 2006 hingga Ogos 2007
UMWT akan memaklumkan semua pemilik yang terlibat menerusi saluran rasmi. Seperti biasa, penggantian adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut, pemilik kenderaan yang terlibat boleh menghubungi mana-mana pusat servis bertauliah Toyota atau hubungi Toyota Freephone di talian 1800-8-TOYOTA (869682).
Pemilik juga boleh melayari laman web kempen servis istimewa Toyota untuk memeriksa sama ada kenderaan mereka terlibat menerusi pemeriksa nombor pengenalan kenderaan (VIN). Mereka yang mempunyai aplikasi Toyota Drive juga boleh menggunakan pautan dan pemeriksa VIN yang disediakan.
No Comment