Isuzu D-Max Dengan 1.9L BluePower Akan Datang Ke Malaysia
Inilah trak kerja yang dinanti-nanti.
Terdapat enjin Isuzu baharu yang akan datang ke Malaysia dan ia dikenali sebagai enjin turbo diesel RZ4E-TC 1.9L Ddi BluePower.
RZ4E ini adalah enjin diesel generasi baharu yang hasil daripada empat tahun penyelidikan yang luas dalam teknologi enjin diesel dan enjin ini akan menguasai Isuzu D-Max 2019 yang sungguh laku di Thailand.
Kelewatannya untuk tiba ke bilik pameran Malaysia adalah kerana kualiti bahan api rendah kami berbanding Thailand dan oleh itu jurutera Isuzu perlu ‘tweak’ enjin baharu itu agar berfungsi dengan baik dengan bahan api diesel dunia ketiga yang kita jual di seluruh negara.
Salah satu tumpuan utama ialah peningkatan kecekapan bahan api. Enjin yang barhau dicipta akan mempunyai clothoid curve combustion chamber, serta bahan-bahan anti-friction Diamond Like Coating. Ia juga akan mempunyai common rail injector yang menghasilkan tekanan 200Mpa untuk meningkatkan pengabusan bahan api untuk pembakaran yang lebih lengkap.
Dari segi pelepasan, terdapat Variable Geometry Turbo charger System (VGS) baharu yang kini mempunyai sistem exhaust gas recirculation (EGR). Sistem ini akan mengurangkan pelepasan Nox.
Keseluruhannya, enjin diesel turbo 1.9L Ddi BluePower baharu hanya 60kg berat atau lebih kurang 20% lebih ringan daripada yang diganti, enjin 2.5L Ddi VGS Turbo yang lebih besar. Ia menghasilkan 150 kuasa kuda dan mempunyai ciri tork rata atau 350 Nm dari 1,800 – 2,600 rpm. Ia juga mempunyai pelepasan karbon dioksida yang sangat rendah iaitu 161g / km.
Pendek kata, RZ4E meningkatkan kuasa sebanyak 10%, 9.4% lebih tork, 8.2% lebih pecutan, dan peningkatan 19% dalam ekonomi bahan bakar.
Enjin ini dipadankan dengan Isuzu D-Max dan juga SUV MU-X yang disemak semula.
No Comment