Kemalangan / Rosak / Curi / Recall

Bukan Semua Pemandu Malaysia Pembuli Jalan Raya

Tua, muda dan berbilang kaum bekerjasama untuk membantu yang malang dan memulihkan perjalanan trafik seperti sedia kala dengan aman, bersatu dan harmoni.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Dengan banyak video di media sosial yang dikongsi zaman sekarang ini yang memperlihatkan pelbagai jenis buli jalanan di Malaysia yang mencerminkan keburukan kami demi kemahuan menjadi hero kongsi video “viral” bagi tontonan kita sendiri, malah dengan sedihnya, juga tontonan seluruh warga internet seluruh dunia, video dan gambar sebegini amatlah menyegarkan.

accident 2

Pada hujung minggu panjang Merdeka baru-baru ini, sedang kami memandu di Lebuhraya Damansara Puchong menuju ke Sunway dari Kelana Jaya dan ketika kami di lorong kiri di sebelah Western Digital kami ada nampak melalui cermin sisi kami sebuah kapchai bergegas keluar masuk mencelah kereta kiri dan kanan (perkara biasa di jalan raya Malaysia setiap hari).

Kami ada terfikir yang ‘lelaki ini akan mengalami kecederaan satu hari nanti dan akan merosakkan cermin sisi orang atau lebih buruk lagi akan benar-benar cedera parah memandu kap chainya macam itu dimana dia sepatutnya berada di lorong kiri seperti kami mengikut aliran lalu lintas bergerak antara 50-70 km / j’.

accident 3 accident 4 accident 5

Habis saja pemikiran itu di kepala kami, mulut masin, kapchai itu melanggar cermin sisi Mercedes-Benz S-Class di sebelah kanan jalan dan kemudian mengelonsor ke hadapan tepi menlanggar Perodua Myvi kuning dan melantun balik ke fender hadapan Mercedes dan jatuh di jalan raya dengan pembuncing perempuannya jatuh di atas bonet depan Myvi kuning.

Kerana bunyi kuat brek Mercedes-Benz S-Class dan Perodua kuning itu pemandu BMW E36 di hadapan trak pikap di hadapan Mercedes-Benz melanggar Perodua perak di hadapannya dan ini adalah situasi yang boleh dielakkan, kerana ia hanya reaksi panik.

Dari gambar-gambar ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa pemandu Perodua Myvi dan penumpangnya keluar dan membantu penunggang kapchai dan pembuncing dan tidak naik angin marah-marah.

accident 6

Mercedes S-Class itu dipandu oleh juruteknik bengkel muda (mengikut apa yang kita nampak pada pakaian kerja mereka yang ada logo bengkel mereka) dan mereka mungkin kena bayar untuk cermin sisi yang rosak itu (berharga sekitar RM1,600) dari poket mereka sendiri .

Fender Myvi kuning itu mungkin ada kemek sedikit tetapi nampak macam pemandunya rilek jer dan tidak hiraukannya kerana kita semua sedar bahawa kebanyakan penunggang kapchai tidak mempunyai lesen, tidak ada insuran dan tidak ada wang dan jika laporan polis dibuat ianya hanya akan membuang masa pemilik kereta itu. Ini adalah satu kenyataan buat bertahun-tahun di Malaysia dan kami harap satu hari nanti Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Polis akan mencari jalan untuk menghapuskan penunggang haram di jalan raya kita.

accident 7 accident 8 accident 9

 

Previous post

Karnival MYPerodua Nation Bakal Gegar Shah Alam Sekali Lagi

Next post

Model BMW 7-Series G12 Lebih Muda & Lebih Lincah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *