Adakah Anda Menggunakan Potensi Ford Ranger Raptor Anda Sepenuhnya?
Mungkin tidak. Kebanyakan pemilik trak pacuan semua roda, tidak pernah menggunakan trak mereka off-road. No worries. Kini ada peluang untuk anda ambil kesempatan ini untuk menggunakkan potensi Ford Ranger Raptor anda sepunuhnya dalam keadaan terkawal dan selamat. Anda tidak perlu segan silu atau takut.
SDAC-Ford akan menganjur bengkel Deep Dive Ranger Raptor untuk pelanggan baharu dan sedia ada. Ianya adalah percuma dan akan dikendalikan oleh pakar permotoran berpengalaman. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberikan pengetahuan mendalam tentang keupayaan dan pelbagai kefungsian Ranger Raptor anda.
Bengkel ini adalah intim. Tidak melebihi 10 peserta akan dikendalikan di sembilan bilik-bilik pameran Ford sepanjang tempoh tiga bulan – pendaftaran dibuka sekarang untuk yang berminat.
Jangan lepaskan peluang ini.
Kenyataan Media
KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 September 2019 – Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan ‘Bengkel Deep Dive Ranger Raptor’ – inisiatif secara percuma untuk memberikan pengetahuan mendalam kepada pelanggan baru dan sedia ada tentang kefungsian dan keupayaan Ranger Raptor.
Dikendalikan oleh pakar permotoran berpengalaman, para peserta akan belajar tentang bagaimana untuk memaksimumkan pelbagai ciri dan fungsi teknologi tinggi yang terdapat pada Raptor. Ini termasuk mengajar peserta tentang bila dan bagaimana untuk menggunakan Sistem Pengurusan Permukaan (TMS) trak – sistem canggih yang menawarkan enam mod pemanduan pra-set untuk menakluki apa jua permukaan dengan sekadar putaran dail sahaja.
Para peserta akan turut memahami aspek-aspek kejuruteraan trak yang unggul di pasaran ini dan bagaimana ia diterjemahkan kepada pemanduan yang dinamik – trek yang lebih luas, ketinggian yang ditingkatkan, dapra lebar, suspensi perlumbaan FOX Racing Shox, tayar yang lebih besar dan lebar dengan plet hentaman bawah yang besar.
“Sasaran bengkel adalah untuk memberikan para pelanggan pengalaman yang menghasilkan manfaat secara langsung. Topik-topik yang dibentangkan oleh pakar-pakar permotoran berpengalaman itu juga membolehkan para peserta menghargai dan lebih memahami trak lasak berkelajuan tinggi yang unggul di pasaran ini, “kata Syed Ahmad Muzri bin Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion.
Bagi memastikan bengkel yang efektif, pendekatan dengan kumpulan yang kecil tidak melebihi 10 peserta dipraktikkan. Para peserta juga digalakkan untuk menjemput sahabat handai menghadiri bengkel bagi mendapatkan promosi “Refer-a-Friend”. Promosi tersebut membolehkan peserta menerima kad petrol bernilai RM500 sekiranya rakan-rakan mereka membeli samada Ranger WildTrak atau Ranger Raptor. Para pelanggan yang membawa anak-anak tidak perlu risau kerana sudut kanak-kanak akan disediakan supaya ibu-bapa berpeluang untuk turut sama terlibat di dalam bengkel ataupun perbincangan.
Tarikh dan lokasi sembilan ‘Bengkel Deep Dive Ranger Raptor’ adalah seperti berikut:
Date | Location |
07-Sep | Ford Johor Bahru, Auto Lumina |
14-Sep | Ford Melaka, Sing Kwung |
21-Sep | Ford Puchong, Star East |
05-Oct | Ford Penang, SDAC Juru |
12-Oct | Ford Muar, Ang Trading |
19-Oct | Ford Ipoh, SNS Kembara Utama |
02-Nov | Ford Kota Bharu, Tugu Etika |
16-Nov | Ford Ampang, Trio Mantap |
30-Nov | Ford Petaling Jaya 2, SDAC PJ2 |
Pendaftaran kini dibuka dan mereka yang berminat digalakkan untuk menghubungi dan mendaftar di mana-mana bilik pameran Ford kerana tempat adalah terhad. Nombor untuk dihubungi boleh didapati di https://www.sdacford.com.my/locate-a-dealer#!/list
No Comment