BMW Elite M Card Tawar Lebih Banyak Keistimewaan Eksklusif
BMW Malaysia hari ini memperkenalkan BMW Elite M Card khas buat para pemilik kenderaan BMW M Performance.
Program keistimewaan ini menawarkan pelbagai manfaat M-spesifik yang eksklusif sebagai pelengkap kepada BMW Privileges Elite Card yang sebelum ini dinikmati oleh pemilik-pemilik jentera BMW.
Sejajar dengan pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW Malaysia, pemegang BMW Elite M Card dapat menikmati acara-acara M Track di peringkat tempatan dan serantau pada harga eksklusif. Mereka juga boleh memanfaatkan diskaun tambahan bagi acara BMW Driver Training serta barangan BMW Lifestyle.
Di samping itu, pemegang juga diberikan keutamaan bagi janji temu servis dan ‘Reception at the Car’ (RATC) di kesemua outlet BMW M Service serta wakil pengedar BMW M, selain diskaun istimewa bagi pengguna setia BMW M serta laman khas untuk dalam aplikasi Alih BMW Group Loyalty+.
Pemilik BMW Elite M Card masih akan memiliki akses menyeluruh ke atas semua tawaran yang dinikmati sebelum ini menerusi BMW Privileges Card yang meliputi:
- Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
- Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun / 24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
- Bantuan Tepi Jalan oleh BMW serta Hotline Kemalangan
- Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – ‘BMW White Card’ dan program keahlian ‘BMW Excellence Club’
- Servis Dalam Talian BMW
No Comment