Motosikal / Skuter / Roda

5 Sebab Kenapa Malaysia Tidak Boleh GO-JEK

Ya mungkin sudah tahu. Terdapat perancangan untuk memperkenalkan GO-JEK ke Malaysia dan kami menawarkan 5 isu jika ianya diteruskan.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Menteri Pemuda Malaysia) hangat berbual di media beberapa hari bulah lepas mengenai niatnya untuk membawa kisah kejayaan GO-JEK Indonesia ke Malaysia.

Syed menyatakan bahawa ini akan menjadi satu peluang yang baik untuk menyokong kehidupan penunggang motosikal tempatan (pemilik kapchai dan skuter).

Syed Saddiq berkata program atau inisiatif kerajaan untuk membina trek perlumbaan di negara ini tidak mencukupi untuk menyokong kehidupan para penunggang motosikal. “Mereka perlu dipertahankan, mereka memerlukan pekerjaan dan ini adalah isu yang lebih mendesak.

Inilah sebabnya saya bertemu dengan pengasas GO-JEK, Nadiem Makarim yang telah membantu mewujudkan pekerjaan untuk lebih dari 2 juta penunggang motosikal di Indonesia dan seratus ribu lagi di Thailand, Singapura dan Vietnam, ” kata Menteri itu.

“Hari ini, bersama-sama kami bertemu dengan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Persembahan ini diterima dengan baik dan kami akan menyelesaikan perbincangan (memperkenalkan perkhidmatan GOJEK di Malaysia) dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang pada Rabu ini (21 Ogos), ” katanya.

Permulaan kemungkinan GO-JEK di Malaysia agak samar kerana baru-baru ini kerajaan Malaysia mengharamkan Dego Ride, yang juga menyediakan perkhidmatan teksi motosikal seperti GO-JEK.

Susulan kepada itu, di sini kita bentangkan 5 sebab mengapa GO-JEK mungkin tidak akan berjaya di Malaysia.

1.         Malaysia mempunyai undang-undang yang ketat untuk penggunaan helmet untuk penunggang motosikal dan penumpang mereka. Indonesia dan Thailand tidak menguatkuasakan ini. Mahukah anda memakai topi keledar orang lain di kepala anda?

go-jek 2

2.         Kami sudah melihat bulan ke bulan peningkatan permintaan untuk perkhidmatan penghantaran makanan dan pengendali skuter kapchai dan skuter semasa memperoleh pendapatan yang cukup baik. Mungkin insentifnya tidak seberapa bagi mereka untuk melakukan perkhidmatan penumpang.

go-jek 3

3.        Dalam masyarakat konservatif kita, mahukah wanita membuncing dengan orang yang tidak dikenali, tambahan lagi kalau lelaki? Relakah anda, jika isteri, anak perempuan atau adik anda menunggang GO-JEK?

go-jek 4

4.         Lebih daripada 60% kemalangan jalan raya semasa melibatkan penunggang motosikal. Penumpang akan turut berisiko.

go-jek 5

5.         Kami sudah ada penunggang penghantaran beli-belah ke rumah, penghantaran makanan ke rumah dan penghantaran kurier yang tidak berhenti di lampu isyarat (walaupun merah), menunggang hala bertentangan di jalan sehala, menunggang di atas laluan jalan kaki, menunggang dengan laju mencelah lalulintas, berkumpul beramai-ramai di depan restoran, pusat membeli belah, di bawah jejambat dan macam-macam lagi. Pihak berkuasa pun sekarang tak mampu memantau mereka ini apatah lagi dengan GO-JEK nanti. Anda akan melihat lebih banyak lagi yang tidak akan memperdulikan undang-undang.


Anda mahu Go-Jek?

Previous post

Toyota Land Cruiser Namib Untuk Pengguna 4×4 Serius

Next post

Jom ke Acara Grand Finale Kempen "Road to 900,000th Unit Milestone" Honda

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *