Cawangan 3S Baharu Proton Dibuka di Pulau Pinang
Autobinee Oriental Sdn Bhd secara rasmi membuka pusat 3S Proton yang telah diubah suai dan dinaiktaraf di Pulau Pinang. Autobinee adalah antara pengedar terawal Proton dan telah beroperasi sejak 1989.
Cawangan yang diperbaharui ini menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat ganti. Ia merupakan sebahagian daripada strategi rangkaian Proton untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang lebih baik kepada pelanggan.
Dirasmikan oleh Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, ia juga merupakan pusat 3S yang pertama di negeri ini yang menampilkan identiti Proton baharu.
Cawangan ini terletak di pertengahan di Jalan Air Itam sekaligus menjadikannya mudah untuk dikunjungi. Pelaburan sebanyak RM1 juta telah dibuat pada cawangan seluas 703 meter persegi ini, yang dilengkapi dengan empat ruang servis dan empat pengangkat.
Selain itu, cawangan ini juga menyediakan kemudahan seperti WiFi percuma, ruang minuman dan ruang menunggu serta tapak parkir yang luas untuk keselesaan pelanggan.
Menurut Yeap Teow Teong, Pengerusi Autobinee Oriental Sdn Bhd, “Penambahbaikan cawangan adalah penting kerana kami mengutamakan para pelanggan. Apabila mereka melangkah masuk ke bilik pameran atau ketika menghantar kereta mereka untuk diservis, kami mahu mereka berasa gembira dan seperti dialu-alukan.”
No Comment