Gaya Hidup / Lifestyle

Siapa Kata Kereta CC Besar Kena Bayar Cukai Jalan Mahal???

Salah satu kereta idaman saya ialah kereta yang berenjin V8. Saya suka sangat bunyinya. Lain dari yang lain. Malangnya kereta berenjin V8 biasanya mempunyai enjin bersaiz besar yang diukur dengan cc (cubic centimeter). V8 biasanya dengan enjin bersaiz 5000 cc atau 5 liter ke atas. Tetapi enjin V8 atau enjin bersaiz besar naturally aspirated semakin pupus kerana pelepasan CO2nya yang teruk. Pengeluar kereta sekarang semua mengurangkan cc atau liter kereta mereka kepada 4000 cc atau 4 liter ke bawah, dengan turbo. Tiada lagi naturally aspirated. 

Road Tax 4 Road Tax 7

Satu lagi sebab mengapa orang seperti saya hanya boleh, dalam mimpi saja, memiliki kereta seperti Mercedes 6.3 ini ialah kerana cukai jalannya. Mahal giler. Menurut kepada Kalkulator Cukai Jalan ini, untuk enjin 6300 cc atau 6.3 liter cukai jalannya ialah:

Road Tax 10

Ya. RM16,980.00 untuk cukai jalan setahun untuk kereta saloon persendirian dengan kapasiti enjin 6.3 liter.

Jadi, saya sangat terujalah bila terserempak dengan kereta Mercedes 6.3 ini tempuh hari. Seperti seorang kanak-kanak riang terloncat-loncat. Air liur meleleh. Lebih lebih lagi bila saya melihat dengan lebih dekat lagi jumlah cukai jalan yang kereta ini bayar. Aisehman! How?

Road Tax 1

Ya. Menurut kepada pelekat cukai jalan kereta jenama Mercedes ini dengan lencana 6.3 hanya membayar cukai jalan sebanyak RM278.40. Ini, menurut kepada Kalkulator Cukai Jalan adalah cukai untuk kereta saloon persendirian untuk enjin berkapasiti 1800 cc atau 1.8 liter sahaja.

Road Tax 11

So! Apa cerita ni.

a. Cukai jalan sudah turun dan kita tidak tahu?

b. Mat ni ada jalan yang kita tak tahu? Ada line baik punya?

c. Mat ini pun macam saya berangan nak bawak kereta 6.3 tapi enjin sebenar bawah hud 1.8 dan lencana 6.3 tu acah jer. Tipu?

Kesian kan.

Road Tax 2 Road Tax 5 Road Tax 8

 

 

 

Previous post

Aston Martin DBX Lebih Berkuasa Dari DB11, Vantage

Next post

Bagaimana Jaguar Land Rover Melindungi Perkerja Kilang Mereka

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *