Evolusi Logo Proton Dari 1985 Hingga 2019
Seperti yang anda tahu, Proton baru sahaja melancarkan logo dan slogan terkininya, sekaligus menandakan lembaran baharu dalam sejarah jenama automotif tempatan itu sejak ia bekerjasama dengan Zhejiang Geely Holding Group pada tahun 2017.
Ini bermakna sejak ia ditubuhkan pada 7 Mei 1983, Proton telah menukar logo mereka sebanyak lima kali. Mungkin ada di antara anda yang sudah lupa bagaimana rupanya. Jadi dalam artikel ini, kami akan mengimbas kembali logo-logo serta slogan yang pernah digunakan oleh Proton sebelum ini.
1985 – Pride of the Nation
Digunakan pada model pertama Proton iaitu Saga.
1993 – Pride of the Nation
Kekal dengan slogan terdahulu, logo kedua mempunyai penampilan yang lebih ringkas. Ia diperkenalkan pada model Wira.
2000 – Spirit of Achievement
Proton memasuki millenium baru dengan memperkenalkan kepala harimau pada logo mereka. Logo ini sangat sinonim dengan Waja yang cukup popular pada masa itu.
2008 – Committed to be Better
Warna hijau dan emas pada logo Proton digantikan dengan warna perak dan hitam, memberikannya penampilan yang lebih elegan. Saga BLM adalah antara model pertama yang memakai logo ini.
2016 – It’s in the Drive!
Diperkenalkan pada model Perdana, logo ini lebih menonjol dengan kepala harimau yang diperbesarkan. Tulisan ‘Proton’ turut dibuang.
2019 – Inspiring Connections
Proton menggunakan bentuk bulat bagi logo terbaru mereka. Kepala harimau diberikan rekaan lebih terkini dan diangkat lebih tinggi, ibarat kepala anak panah yang menjadi simbol kepada semangat Proton untuk terus maju. X70 versi CKD akan menjadi model pertama yang memakai logo baharu ini.
No Comment