Geely Menyaman WM Motor Kerana Pengintipan Syarikat
Zaman sekarang rahsia perdagangan dan kejuruteraan adalah perniagaan besar dalam industri kereta.
Zhejiang Geely Holding Group Co, pembuat kereta terbesar China, menyaman start-up kenderaan elektrik WM Motor kerana melanggar rahsia perniagaan dan meminta pampasan sebanyak 2.1 bilion yuan (USD294 juta).
Mahkamah Tinggi Shanghai telah dijadualkan untuk mendengar kes itu pada 17 September tahun ini. WM Motor, menjawab laporan media mengenai tuntutan mahkamah itu, menafikan dakwaan Geely dalam satu kenyataan minggu lepas dan mengatakan ia mempunyai keyakinan yang kuat memenangi kes di mahkamah nanti.
Tuntutan itu difailkan pada tahun 2018 oleh Geely Group, bersama-sama dengan institut penyelidikannya, terhadap WM Motor dan tiga anak syarikat WM Motor: sebuah loji pemasangan di bandar Wenzhou, China, pembekal mobiliti berasaskan Shanghai dan syarikat jualan EV.
WM Motor telah diperbadankan di Shanghai pada tahun 2016. Pengasasnya, Freeman Shen, dan dua eksekutif kanan lain sebelum ini bekerja untuk Geely Group. Lu Bin, pengasas bersama WM Motor dan naib president kanan, menjadi naib presiden Geely Automobile Holdings, anak syarikat tersenarai Geely Group Hong Kong, pada tahun 2013.
Shen menyertai Geely Group pada tahun 2009 dan menjadi naib presiden yang bertanggungjawab ke atas pengambilalihan luar negara. Dia dilantik sebagai presiden China Volvo Car Corp selepas Geely Group membeli pembuat kereta Sweden dari Ford Motor Co pada tahun 2020.
Ini adalah tuntutan undang-undang IP pertama China. WM Motor, yang mempunyai Baidu di kalangan pelaburnya, tidak memberi respons kepada sebarang permintaan media untuk mengulas mengenai tuntutan mahkamah itu.
WM adalah salah satu daripada beberapa pengeluar EV yang baru muncul di China yang telah mula menghasilkan kenderaan secara besar-besaran.
Pembuat EV menghantar lebih daripada 9,000 kenderaan kepada pembeli dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, dilaporkan bulan lalu, memetik Wang Jing, yang mengetuai jabatan kenderaan terpakai syarikat itu. Ia melampaui pembuat EV lain Nio dalam penghantaran antara Januari dan Julai, yang menyampaikan 8,379 kenderaan.
No Comment