Honda Civic Facelift Kini Boleh Ditempah
Honda Malaysia telah membuka tempahan bagi Civic baharu (facelift) yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Model generasi ke-10 itu dilancarkan buat pertama kali pada 2016.
Membawa rekaan yang diperbaharui, Civic facelift bakal tampil dengan lampu utama LED, lampu kabus LED, bampar hadapan baharu, kemasan baharu pada bampar belakang, tailgate spoiler, jeriji berwarna hitam serta rim 18 inci.
Selain itu, sedan segmen C itu juga akan hadir dengan teknologi Honda Sensing yang merangkumi lapan ciri bantuan pemandu iaitu:
- Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low Speed Follow (LSF)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Lane Keep Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Auto High-Beam (AHB)
Satu lagi ciri yang bakal ditawarkan adalah kamera LaneWatch yang direka untuk membantu pemandu memantau kawasan titik buta pada sebelah kiri kenderaan. Ciri-ciri standard lain termasuklah Remote Engine Start, brek parkir elektrik dan sensor hadapan.
Seperti sebelum ini, Civic tampil dengan enjin 1.5L VTEC Turbocharged yang menghasilkan 173 PS dan 220 Nm, yang dikatakan sama dengan prestasi enjin 2.4-liter. Enjin tersebut dipadankan dengan CVT Earth Dreams Technology yang ditala untuk pemanduan yang menyeronokkan dan juga kecekapan bahan api.
Dari segi keselamatan, ciri-ciri yang disertakan adalah enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Emergency Stop Signal (ESS), Hill Start Assist (HSA), kamera undur pelbagai sudut dan cagak Isofix.
No Comment