Berita Auto

Honda HR-V 1999 Sebuah Crossover Retro

Mahu miliki kenderaan yang benar-benar unik?

Adakah ini crossover sebenar yang pertama di dunia? Adakah Honda perintis awal crossover apabila mereka melancarkan ini pada tahun 1999? Adakah para pereka Honda melihat reaksi media kepada Isuzu VehiCross pada tahun 1997 (lihat gambar di bawah) dan fikir mereka boleh menghasilkan sesuatu yang lebih funky dan menonjolkannya ke arus perdana dari segi penerimaan pasaran?

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Honda HR-V generasi pertama adalah crossover yang sebenar dan tidak seperti kakaknya yang lebih besar CR-V, SUV yang sangat berjaya dan paling diingini oleh rakyat Malaysia. Ia ditawarkan dalam versi dua dan empat pacuan dan pada mulanya hanya model 2 pintu sahaja yang disediakan.

Hanya satu pilihan enjin yang disediakan, 1.6 VTEC dipinjam dari julat Civic yang baik untuk 105bhp. Versi 4 pintu dilancarkan pada 2000 dengan enjin VTEC 123bhp yang lebih baru dan ini cukup popular di Amerika Utara dan beberapa negara ASEAN. Walau bagaimanapun, di Malaysia ia tidak pernah dijual secara rasmi oleh Kah Motors (penjaga jenama sebelum Honda Malaysia ditubuhkan).

HR-V-1990-2

Pada masa itu Kah Motors lebih memihak sedan kerana itulah permintaan pasaran. HR-V diimport oleh pengimport swasta dan sebagai kereta baikpulih, ia tidak popular kerana kurangnya minat rakyat Malaysia untuk crossover pada waktu itu. Hari ini, rakyat Malaysia suka crossover dan semakin popular berbanding sedan.

Tidak banyak unit dijual di Malaysia dan kebanyakannya versi 2 pintu seperti unit yang digambarkan di sini. Terdapat segelintir unit 123bhp 4 pintu di negara ini dan mencari satu di pasaran kereta terpakai adalah seperti mencari Volkswagen Karman Ghia klasik. Ya, ia amat jarang dan kami percaya pemilik akan berpegang kepada 1999-2004 HR-V mereka kerana ia unik, tidak ada isu alat ganti dan ia berjalan lancar.

Sekiranya anda menjumpai model 2004 empat pintu yang dijual siap dengan semua trimnya dan berjalan lancar, ia mungkin berbaloi membelinya. Apakah harga patutnya? Well, dengan kereta sebegini jarang harganya akan menjadi harga ‘willing buyer willing seller’  di mana ia boleh terletak di antara sderendah RM15,000 hingga setinggi RM30,000. Jika anda tahu sesiapa yang menjual, sila hubungi kami kerana kami mempunyai rakan-rakan yang ingin memiliki crossover retro ini dengan jika harga berbaloi.

HR-V-1990-3

 

Previous post

Tengok Enjin Buat Apa?

Next post

Cawangan 3S Baharu Proton Dibuka di Pulau Pinang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *