Jom ke Acara Grand Finale Kempen “Road to 900,000th Unit Milestone” Honda
Honda Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia ke acara Grand Finale kempen ‘Road to 900,000th Unit Milestone’ yang akan diadakan pada 28 dan 29 September ini di ruang parkir Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama berkata bahawa kempen dengan tagline “Terima Kasih 900k” itu dilancarkan pada Julai lalu sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokong mereka terhad Honda Malaysia.
“Kami juga mengaturkan acara Grand Finale untuk meraikan pencapaian signifikan itu dengan rakyat Malaysia serta menyerahkan sembilan kereta Honda kepada pemenang bertuah.
“Pada majlis itu, kami juga akan membuat pra tonton Civic baharu kepada orang ramai,” tambahnya lagi.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung, termasuk Giant Water Slide, papara Insta-Luminous, Pedal Cart, Racing Simulator dan banyak lagi.
Di samping itu, Honda Malaysia juga akan menyediakan tema Frontier of Innovation, di mana pengunjung berpeluang mencuba pelbagai teknologi canggih daripada Honda seperti Sport Hybrid i-DCD X-ray Scanner dan juga Sport Hybrid i-DCD dan VTEC Turbocharged Game Tower.
Pada masa yang sama, Honda Malaysia turut mengumumkan pemenang kedua kempennya iaitu Lim Hong Ngee dari Setapak yang membawa peluang sebuah Honda HR-V. Dengan dua pemenang sudah diumumkan, masih terdapat tujuh model Honda untuk dimenangi menerusi kempen Road to 900,000th Unit Milestone.
Untuk mendaftar atau mengetahui lebih lanjut mengenai kempen tersebut, layari laman web honda.com.my/microsite/900k atau kunjungi laman Facebook Honda Malaysia.
No Comment