Bisnes

Jualan Bulan Ogos Volkswagen Seluruh Dunia Turun 3.8 Peratus

Jualan global untuk jenama ini telah menurun dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Tidak heran kerana terdapat trend menurun umum yang menjejaskan hampir semua jenama kenderaan seluruh dunia kerana ini adalah pasaran global yang umumnya merosot.

Volkswagen berjaya mengekalkan bahagian pasaran yang stabil pada bulan laporan dan sedikit peningkatan untuk tahun ini. Seperti yang dijangka, jumlah kenderaan yang berkurangan dihantar ke Eropah (-9.9 peratus) berikutan prestasi yang sangat kukuh pada bulan Ogos 2018. Di China, Volkswagen meningkatkan bahagian pasarannya sedikit dalam pasaran keseluruhan yang mengecut. Di Brazil dan Amerika Syarikat, Volkswagen merekodkan peningkatan sebanyak 15.4 masing-masing 9.8 peratus.

Di rantau Asia Pasifik, jenama Volkswagen menutup laporan bulan dengan penurunan 3.0 peratus, menghantarkan 263,900 kenderaan. Di China, pasaran keseluruhan terus menyusut. Volkswagen menyalurkan 252,700 kenderaan, 1.6 peratus kurang daripada bulan yang sama tahun lepas, dan dengan itu mengembangkan lagi bahagian pasarannya.

Bagi Malaysia, Volkswagen menyaksikan kejatuhan jualan sebanyak 25.9 peratus pada akhir bulan Ogos walaupun karnival jualannya yang baru-baru ini ada potongan harga yang tinggi kerana stok semasa kebanyakannya stok lama seperti hatchback Polo dengan potongan RM4,000, Beetle dengan potongan RM5,000, Vento dengan potongan RM10,000, Passat dengan potongan RM15,000 dan Tiguan baharu dengan potongan RM2,000.

Volkswagen di Malaysia akan melancarkan Arteon fastback mewah 5 pintu dengan harga jualan mungkin antara RM290,000 hingga RM295,000. Varian Arteon yang dibawa ke Malaysia adalah Arteon 2.0 TSI 4motion R-Line. Ia dilengkapi dengan enjin TSI 2 liter, DSG klac basah 7 kelajuan, dan sistem pacuan semua roda. Enjin ini ditalakan un tuk menghasilkan 280PS dan tork 350Nm yang menghasilkan output tertinggi dari mana-mana Arteon berkuasa petrol.

Ia sepatutnya buatan tempatan untuk mendapatkan harga yang menggalakkan, tetapi Arteon akan dilancarkan sebagai sebuah kereta yang diimport sepenuhnya dan ini meletakkan harga yang diminta sangat dekat dengan premium Audi A5 yang lebih sdedikit pada RM338,000. Sehingga kini pesanan untuk Arteon adalah rendah (2-3 unit dengan setiap peniaga) walaupun kelihatan baik dan spesifikasi yang tinggi.

vw sales 2

Previous post

Inilah Logo Baharu Proton

Next post

Logo Baharu Proton Lambang Kekuatan Dan Kemegahan Jenama

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *