Gaya Hidup / Lifestyle

Karnival MYPerodua Nation Bakal Gegar Shah Alam Sekali Lagi

Perodua dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa karnival MYPerodua Nation 2019 akan membuka tirainya dari 20hb hingga 22hb September di Setia City Oval Lawn, Setia Alam. Syarikat itu menjangkakan kehadiran kira-kira 25,000 pengunjung di sepanjang tiga hari acara tersebut berlangsung.

MyPerodua Nation

MYPerodua Nation merupakan karnival Perodua terulung yang diadakan setiap tahun sejak 2017 untuk memaparkan segalanya mengenai Perodua.

“Setelah berlangsung dengan jayanya di Shah Alam pada 2017 dan Sungai Petani pada 2018, MYPerodua Nation 2019 menjanjikan hujung minggu yang lebih menarik dan menyeronokkan buat semua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Menurut Dato’ Zainal, karnival tersebut menyediakan pelbagai tawaran menarik bagi kenderaan baharu, termasuk tawaran istimewa untuk e-hailing, pelajar dan graduan, serta tawaran selepas jualan bagi pakej dan kit badan GearUp, pelincir, alat ganti dan aksesori.

MyPerodua Nation

Untuk kemudahan pelanggan, seluruh rangkaian produk dan perkhidmatan Perodua akan turut berada di sana, termasuklah Perodua Total Protect Plus, Kenderaan Pra-Milik Perodua (POV), aksesori dan koleksi GearUp, alat ganti, Minyak Tulen Perodua dan program kesetiaan pelanggan, UFirst. Rakan-rakan kongsi kewangan dan insuran juga akan berada di sana untuk memudahkan proses pembelian.

Para pengunjung juga boleh membuat temu janji servis, memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot secara percuma, memandu uji model-model terkini Perodua, merasai demonstrasi sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) serta menerokai sejarah 26 tahun Perodua di ruang pameran Perodua Journey.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik juga akan disediakan seperti bungee trampolin, aktiviti mewarna model tanah liat, perlumbaan realiti maya (VR) dan aktiviti drift basikal roda tiga. Persembahan dan penampilan khas artis-artis terkenal termasuk Bunkface, Aman RA, dan Naim Daniel turut menanti pengunjung.

Previous post

Ferrari F8 Spider Ganti 488 Spider

Next post

Bukan Semua Pemandu Malaysia Pembuli Jalan Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *