Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Kia Mungkin Hasilkan Picanto Elektrik

Piawaian emisi Eropah yang semakin ketat secara tidak langsung memaksa pengeluar kenderaan untuk beralih ke arah penggunaan rangkaian kuasa elektrik. Salah satunya adalah Kia, yang dilaporkan akan menghasilkan Picanto versi elektrik.

Kia Picanto EV

Menurut laporan Automotive News, Ketua Pegawai Operasi Kia Europe Emilio Herrera berkata bahawa syarikat itu merancang strategi kereta kompak elektrik untuk pasaran Eropah namun setakat ini tiada pengesahan rasmi dibuat.

“Picanto dengan kuasa bateri adalah satu cabaran besar, tetapi lambat laun kita perlu melakukannya,” kata Herrera.

Cabaran yang dimaksudkan adalah untuk menurunkan kos bagi menjadikan kereta elektrik mampu milik dan menguntungkan buat syarikat.

Kia-Picanto_GT-4

 

Di Eropah, Picanto dengan enjin petrol dijual pada harga bermula €10,000 (RM45,884) hingga €17,000 (RM78,003) bagi versi spesifikasi tinggi. Dengan teknologi masa kini, Picanto elektrik dijangka ditawarkan pada harga hampir €20,000 (RM91,768).

Menurut Herrara, Kia perlu menurunkan kos pengeluaran antara €16,000 hingga €17,000 bagi memastikan Picanto EV boleh dijual.

Di Eropah, kereta kompak menakluk lebih satu perempat daripada keseluruhan pasaran kenderaan penumpang, namun segmen itu dilihat semakin lama semakin mencabar. Baru-baru ini, Ford mengambil keputusan untuk menghentikan jualan Ka+ manakala Opel pula menghentikan jualan model Karl dan Adam.

 

 

 

 

Previous post

Yamaha 135 LC SE Versi 2019 Diperkenalkan

Next post

Usaha Sama Kereta Elektrik Great Wall & BMW Menghadapi Ketidakpastian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *