Promosi / Tawaran / Peraduan

Kerusi Urut Gintell DéSpace Star Bernilai RM13,988 Dimenangi Pelanggan Nissan

Nissan telah menganjur kempen ‘Festive Bonanza Hari Raya’ dari Mei hingga Jun 2019 lalu dan menawarkan 10 buah kerusi urut GINTELL DéSpace Star bernilai RM13,988 untuk pelanggan yang membeli dan mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan sepanjang kempen itu. 10 pemenang bertuah itu baru sahaja diumumkan.

01_NISSAN FESTIVE BONANZA

WINNER_ANIS ISMARINI BINTI ISMAIL @ IBRAHIM WITH NISSAN X-TRAIL

02_NISSAN FESTIVE BONANZA

WINNER_MUHAMMAD ZAKY BIN AB ALIM WITH NISSAN NAVARA

03_NISSAN FESTIVE BONANZA

WINNER_ CHOW HUEY LING WITH NISSAN X-TRAIL

04_NISSAN FESTIVE BONANZA

WINNER_CHEE-SOON-BENG-WITH-NISSAN-SERENA

Jika anda melepas yang ini jangan risau. Ada satu lagi kempen yang sedang berlangsung dan hadiah ini lagi besar. Bermula dari 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019, pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Nissan di antara tempoh ini layak menyertai kemasukan peraduan. Kempen  ‘Beli Kereta Menang Rumah’* menawarkan sebuah pangsapuri servis 2+1 bilik baharu bersama dua ruang parkir bernilai RM665,000* di The ERA, Duta North Kuala Lumpur.

Nissan Beli Kereta Menang Rumah 01 Nissan Beli Kereta Menang Rumah 02 Nissan Beli Kereta Menang Rumah 03

 

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, 13 September 2019 – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini menyampaikan hadiah kepada 10 pemenang bertuah dengan sebuah kerusi urut GINTELL DéSpace Star bernilai RM13,988 setiap satu untuk kempen ‘Festive Bonanza Hari Raya’. Para pemenang bertuah itu merupakan pelanggan yang membeli dan mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan sepanjang kempen ini berlangsung dari Mei hingga Jun 2019.

Senarai pemenang yang datang dari pelbagai rantau di Malaysia adalah seperti berikut:

NAMA MODEL NISSAN YANG DIBELI
Anis Ismarini Binti Ismail @ Ibrahim X-Trail 2.0L
Muhammad Zaky Bin Ab Alim Serena 2.0L S-Hybrid
Chow Huey Ling X-Trail 2.0L Hybrid
Chee Soon Beng Serena 2.0L S-Hybrid
Cheah Weng Sang X-Trail 2.0L
Syaiful Azlan Bin Shafiee Navara 2.5L
Mahavisnam A/L Rajoo Navara 2.5L
Rosliza Binti Hassan Navara 2.5L
Muhammad Saifuzan Bin Sapili Navara 2.5L
Aniq Irsyaduddin Bin Johari Almera 1.5L

Sebagai tambahan, mereka layak untuk menyertai peraduan utama‘Beli Kereta Menang Rumah’*, di mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah pangsapuri servis 2+1 bilik baharu bersama dua ruang parkir bernilai RM665,000* di The ERA, Duta North Kuala Lumpur.Peraduan ini merupakan satu kerjasama unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad. Peraduan utama ‘Beli Kereta Menang Rumah’* bermula dari 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019, dan pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Nissan di antara tempoh ini layak menyertai kemasukan peraduan.

Orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi Karnival Nissan ‘Electrifying Drive’ pada dua hujung minggu dari 13 hingga 15 September dan 20 hingga 22 September 2019 masing-masing yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara. Anda boleh merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik Nissan LEAF serba baharu yang paling laris di dunia, memenangi pelbagai hadiah menarik dan menyertai banyak aktiviti menyeronokkan seperti Pengalaman Menikmati Virtual Reality Tech Drive.

Tarikh dan lokasi Karnival Nissan ‘Electrifying Drive’ adalah seperti berikut:

Tarikh Wilayah Lokasi
13 – 14 September Pantai Timur Tesco Kota Bharu**
14 – 15 September Utara ETCM Butterworth
Tengah ETCM Petaling Jaya
Tengah ETCM Pandan Indah
Selatan ETCM Semabok
Selatan ETCM Johor Jaya
Sarawak ETCM Kuching
Sabah ETCM Kota Kinabalu
20 – 21 September Utara ETCM Langkawi**
21 – 22 September Utara ETCM Ipoh
Utara n ETCM Sitiawan
Tengah ETCM Kepong
Tengah ETCM Cheras
Selatan ETCM Nilai
Selatan ETCM Muar
Sarawak ETCM Miri**
Sabah ETCM Sandakan**

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

* Tertakluk kepada terma dan syarat

** Lokasi tanpa Pandu Uji Nissan LEAF

Nissan Beli Kereta Menang Rumah 04

 

 

Previous post

Toyota GR Supra Ditala Oleh Auto Torque UK

Next post

Lagi Satu Pusat 3S Proton Baharu Di Buka

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *