Pemenang Proton 1 Tank Challenge Catat Penggunaan Bahan Api Lebih Baik Berbanding 2018
PROTON 1 Tank Adventure kali ini di Sabah untuk sesi kedua pada hujung minggu lalu. 525km dari Kota Kinabalu ke Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo) di Kudat, iaitu bandar Kundasang di kaki Gunung Kinabalu dan balik.
Proton Iriz, Persona dan Saga di uji dalam semua aspek selain dari cabaran satu tangki. Jarak yang dilalui pada tahun ini lebih jauh (cabaran 2018 hanya sejauh 420km), dengan keadaan jalan raya yang lebih sukar dan keperluan mengekalkan purata kelajuan, ketiga-tiga model ini memberikan hasil yang lebih.
Keputusan terbaik yang dicapai adalah 6.06L/100km bagi Proton Iriz, 5.75L/100km bagi Proton Saga dan Proton Persona telah memecah rekod iaitu sebanyak 5.81L/100km berbanding rekod tahun lepas sebanyak 5.85L/100km.
No Comment