Peserta Proton 1 Tank Adventure Lengkapkan Perjalanan 650 KM
Pusingan awal cabaran Proton 1 Tank Adventure pada hujung minggu lalu menyaksikan seramai 60 peserta dengan 30 buah kereta yang terdiri daripada Iriz, Persona dan Saga 2019 melengkapkan pengembaraan epik sejauh 650 km dari Pusat Kecemerlangan PROTON (COE) menuju ke Johor Bahru dan kembali semula ke COE.
Meskipun tujuan utama 1 Tank Adventure ini diadakan adalah untuk Proton mempamerkan barisan model terbaharunya beraksi berdasarkan persekitaran pemanduan sebenar, keadaan sukar pada hari pertama cabaran ini tidak seperti yang dijangkakan.
Gabungan cuti hujung minggu yang panjang serta cuaca berjerebu menjadikan ujian lebih mencabar untuk semua peserta yang perlu sampai ke titik akhir dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, setiap kereta berjaya menghabiskan pengembaraan hari pertama tanpa sebarang masalah dan semasa perjalanan tersebut, semua peserta sempat menjamu pelbagai jenis buah-buahan tempatan di Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Perigi Batu Pahat dan Taman Negara Tanjung Piai.
Semua peserta bermalam di Johor Bahru sebelum pengembaraan diteruskan dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan untuk kembali ke Shah Alam.
Semua peserta berjaya melengkapkan cabaran 650 km menggunakan bahan api seperti ditetapkan, yang merupakan bukti kecekapan bahan api kereta-kereta terkini Proton. Jarak maksima terbaik secara teori, berdasarkan tangki sebesar 40 liter, adalah 809 km.
Keputusan terbaik yang dicapai telah disahkan oleh pemerhati dari Festival Speed Malaysia (MSF) adalah sebanyak 4.98 l/100 km untuk Saga, 5.43 l/100 km untuk Persona dan yang terbaik iaitu 4.94 l/100 km untuk Iriz.
No Comment