Berita Auto

Proton 1 Tank Adventure Kembali Untuk 2019

Cabaran yang menyaksikan para pemilik Proton memandu secara ekonomi sambil meneroka pemandangan indah, budaya dan kepelbagaian makanan di Malaysia iaitu Proton 1 Tank Adventure kembali untuk kali kedua bermula 14 September ini.

Proton 1 Tank Adventure

Acara tahun ini akan melibatkan pemilik Iriz, Persona dan Saga 2019 serta para pengamal media dan selebriti yang akan bersaing untuk merebut hadiah-hadiah bernilai lebih RM100,000.

Cabaran kali ini terdiri daripada tiga pusingan awal, termasuk dua pusingan di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak. Bagi pusingan akhir pula, peserta akan mengembara dari Kota Bharu ke Johor Bharu dengan berbekalkan satu tangki minyak sahaja.

05 PROTON 1-Tank Adventure_KT_On the Road

Antara objektif utama penganjuran 1 Tank Adventure adalah untuk membuktikan kecekapan penggunaan bahan api yang ditawarkan oleh model-model terbaharu Proton. Para peserta perlu memandu kereta mereka dengan merentasi pelbagai keadaan jalan raya dan lalu lintas bagi mencapai penjimatan bahan api yang boleh digunapakai oleh pemandu lain.

“Proton ingin membuktikan kecekapan kereta Proton dengan memulakan perjalanan yang epik di seluruh negara. Angka-angka ini tidak akan diperolehi melalui perjalanan yang dirancang tetapi mengikut pada keadaan pemanduan harian seperti yang dilalui oleh para pemilik kereta yang lain. Pada akhir cabaran ini, kami akan membuktikan bahawa rangkaian semasa kereta Proton mampu memberikan angka penjimatan bahan api yang boleh membantu mengurangkan penggunaan kos,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

09 PROTON 1-Tank Adventure_KT_Dynamic Driving Experience

Selain itu, setiap peserta juga berpeluang untuk menguji keseimbangan pemanduan dan pengendalian model-model Proton dalam sesi pemanduan dinamik yang akan diadakan pada setiap pusingan. Tujuan sesi ini adalah untuk menunjukkan keupayaan yang ada pada kereta Proton sekaligus menguatkan lagi mesej bahawa Proton memiliki pemanduan dinamik berkelas terkemuka.

 

Previous post

Volvo Lancar Pusat 3S Baharu di Mutiara Damansara

Next post

Sime Darby Mulakan Perniagaan Volvo Car Di Ara Damansara

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *