Shell Malaysia Lancar Rimula Ultra 5W30
Shell Malaysia telah melancarkan minyak enjin diesel tugas berat sintetik sepenuhnya iaitu Shell Rimula Ultra 5W 30 serba baharu. Ia mematuhi spesifikasi ACEA E6 dan ACEA E9 Eropah serta mendapat kelulusan pengeluar untuk digunakan bagi enjin diesel ultra moden yang mematuhi piawaian pelepasan bahan cemar Euro 4 hingga Euro 6.
Rimula Ultra 5W 30 menawarkan hayat minyak yang lebih panjang dan selang masa penukaran minyak yang lebih lama iaitu sehingga 150,000 km, perlindungan dari kehausan enjin yang lebih baik dalam apa juga keadaan bentuk rupa bumi dan cuaca, serta ekonomi bahan api yang lebih baik.
Pengurus Besar Shell Lubricants – Malaysia & Singapura, Baljit Singh menyatakan bahawa pengenalan Shell Rimula Ultra yang serba baharu ini memperkukuhkan lagi portfolio pelincir sintetik premium Shell Rimula berkelikatan rendah di Malaysia yang turut merangkumi Shell Rimula R6 LM dan R5 LE.
“Sebagai pembekal pelincir terbesar dunia sepanjang 12 yang yang lalu, kami di Shell memahami keperluan para pelanggan kami. Kami adalah rakan yang boleh diharap untuk membawakan peyelesaian pelinciran yang termaju dan terbukti dengan adanya sokongan teknikal yang tiada tolok bandingnya,” kata beliau.
Bercakap semasa pelancarannya pada Shell Rimula Night 2019 yang berlangsung di Hotel Imperial di Kuching, Pengurus Pemasaran Shell Lubricants – Malaysia & Singapura, May Tan berkata; “Kini terdapat peralihan global ke arah pelincir sintetik berkelikatan rendah kerana ia terbukti dapat membawakan manfaat seperti meningkatkan prestasi minyak dan enjin, memanjangkan selang masa penukaran minyak dan meningkatkan ekonomi bahan api yang secara keseluruhannya dapat mengurangkan jumlah kos pemilikan.”
“Shell Rimula Ultra yang serba baharu ini merupakan hasil kepimpinan teknologi Shell dalam bidang pelinciran, yang didorong oleh pembangunan dan penyelidikan bertaraf dunia serta kerjasama teknikal yang meluas dengan OEM, universiti-universiti dan badan-badan industri terkemuka,” tambah beliau lagi.
No Comment