Harga Toyota Corolla Altis Di Thailand Antara RM114k to RM151k
Akan datang ke Malaysia tidak lama lagi. Corolla Altis semua baharu.
Corolla Altis semua baharu ini diperkenalkan buat pertama kali di negara Asean di Thailand dan kita dapat melihat gambarnya dari Toyota Motor Thailand semasa ia dalam perjalanan ke pelanggannya.
Thailand adalah negara pertama memperkenalkan Corolla Altis semua baharu ini dan mereka mempunyai 3 varian enjin untuk pasaran mereka di mana Toyota menikmati jualan terbaik dan adalah jauh dihadapan pesaing mereka.
Altis ini disediakan dengan pilihan petrol-elektrik hibrid selain dari pilihan biasa petrol 1.6- and 1.8-liter, semua dengan transmisi otomatik CVT.
Corolla hibrid berkongsi drivetrain 122hp bersama dengan C-HR crossover menggabungkan enjin 1.8-litre combustion dan motor elektrik. Ada 3 gred: Tinggi 1.099 million baht (RM151,000), Tengah 989,000 baht (RM136,000) and Rendah 939,000 baht (RM129,000).
2 enjin lain datang dari model yang lama termasuk enjin 140hp 1.8-litre dan 125hp 1.6-litre. Yang 1.8 hilang 1hp.
Toyota memilih untuk memasang enjin 1.8 ini untuk hanya trim yang dipanggil GR Sport siap dengan kerusi sport, panel instrumen khas dan paddle-shifters di stereng. Ia mengantikan model E-Sport yang akan bersara.
1.6 pula ada 2 spec: G dengan harga 869,000 baht (RM119,000) dan Limo dengan harga 829,000 baht (RM114,000) yang kemudian dituju khas untuk teksi. Yang berkuasa CNG-1.6 sudah diberhentikan.
Generasi terbaru Altis is menekankan platform jenama TNGA yang juga digunakan dalam C-HR dan sedan Camry yang lebih besar. Standard adalah tinggi dengan Altis baharu ini dimana ada 7 bag-udara adalah standard untuk semua.
Tambahan, Corolla ini sekarang datang dengan beberapa bantuan pemanduan dari apa yang dipanggil pakej Toyota Safety Sense tersedia dalam model-model atas. Beberapa model mendapat amaran titik buta, amaran lintas trafik belakang and sistem bantuan parking.
NOTA: Toyota menganggar menjual 2,300 units sebulan Corolla Altis baharu ini dan merancang mengekspot 900 sebulan, kebanyakannya ke Asia Tenggara. Toyota mula mengeluarkan Corolla Altis di Thailand dengan generasi kedua dan sudah menjual dalam negeri sejumlah 800,000 buah kereta.
No Comment