Volkswagen Tawar Rebat RM2,000 Untuk Golf GTI dan Golf R
Nampaknya sambutan Hari Merdeka masih lagi belum berakhir buat peminat Volkswagen. Ini kerana Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menawarkan rebat RM2,000 untuk dua model hot hatch yang tidak asing lagi iaitu Golf GTI dan Golf R.
Golf GTI dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 TSI yang digandingkan dengan kotak gear DSG enam kelajuan, menjana kuasa berjumlah 230 PS dan 350 Nm. Antara kelengkapan yang ada pada model ini adalah rim aloi Milton Keynes 18 inci, upholsteri kulit Vienna, paparan info aktif 12.3 inci, paparan Discover Media lapan inci, lampu LED dan sebagainya.
Sementara itu, takhta hot hatch adalah milik Golf R yang mempunyai 290 PS dan 380 Nm, hasil gabungan enjin turbo 2.0 TSI dan kotak gear DSG tujuh kelajuan. Sistem pacuan semua roda membolehkan jentera ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.1 saat.
Selain Golf GTI dan Golf R, VPCM turut menawarkan rebat menarik bagi model-model lain seperti berikut:
- Polo – RM4,000
- Vento Comfortline – RM10,000
- Vento Highline – RM6,000
- Golf R-Line – RM2,000
- Beetle Sport – RM5,000
- Tiguan Highline – RM2,000
- Passat Comfortline – RM15,000
- Passat Highline – RM4,000
Tiguan dan Passat didatangkan dengan pakej penyelenggaraan percuma lima tahun manakala model-model Volkswagen yang lain didatangkan dengan pakej penyelenggaraan percuma tiga tahun. Semua model mendapat waranti lima tahun tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan lima tahun.
No Comment