Yamaha YZF-R15 Monster 2019 – Hanya RM13k!
Bersempena dengan penyertaan Yamaha dalam kejohanan MotoGP untuk kesekian kalinya, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Yamaha YZF-R15 edisi Monster 2019.
Model edisi terhad ini mempunyai penampilan istimewa dengan memakai gabungan warna Race Blu dan Hitam seperti jentera lumba Yamaha Factory Racing YZF-M1 yang ditunggang oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales bagi musim 2019.
Dari segi kuasa, R15 mempunyai 19 hp pada 10,000 rpm dan 14.7 Nm pada 9,000 rpm yang dibekalkan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 155 cc dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA).
Transmisi enam kelajuan yang dipadankan dengan teknologi klac Assist & Slipper ditugaskan untuk menyalurkan kuasa tersebut ke roda belakang.
R15 didatangkan dengan lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang, serta panel instrumen digital LCD. Ia menggunakan kerangka Deltabox berserta padanan fork teleskopik terbalik pada bahagian hadapan dan sistem gantungan link monoshock di belakang.
R15 edisi Monster boleh dimiliki pada harga bermula RM12,618 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans). Setiap pembelian didatangkan dengan sijil pemilik lengkap dengan maklumat enjin dan casis.
No Comment