62 Pelanggan Naza Kia Malaysia Bawa Pulang Kad Petrol
Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, meraikan seramai 62 pemenang pertandingan ‘Fuel Your Freedom, Discover Malaysia with Kia’ yang dijalankan baru-baru ini.
Kesemua pemenang tersebut menerima hadiah berupa kad petrol bernilai RM620 setiap satu pada mahlis penyampaian hadiah di Hilton Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
R Devaraju, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings berkata, “Dalam semangat sebenar Malaysia, Naza Kia Malaysia telah mengadakan kempen bertemakan Hari Merdeka dan Hari Malaysia iaitu ‘Fuel Your Freedom, Discover Malaysia with Kia’ untuk meraikan pengalaman pemilikan baharu pelanggan dengan Kia dan sekaligus menggalakkan rakyat Malaysia untuk berjalan-jalan dan meneroka kepelbagaian yang menjadikan Malaysia cantik dan unik.”
Dari 15 Ogos hingga 30 September 2019, pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Kia dari wakil pengedar Naza Kia Malaysia secara automatik layak menyertai peraduan tersebut. Pemenang dipilih secara rawak oleh panel hakim.
No Comment