Audi Centre Setia Alam Kini Dibuka
Audi Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat 4S Audi Centre Setia Alam. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan – jualan, servis, alat ganti, serta kedai cat dan badan – di bawah satu bumbung.
Dengan keluasan hampir 60,000 kaki persegi, bangunan empat tingkat Audi Centre Setia Alam menampilkan konsep seni bina Audi Terminal dengan identiti korporat dan kelengkapan yang mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Audi AG. Pelaburan dibuat berikutan pelantikan Rimau International sebagai sebahagian daripada rangkaian runcit dan servis Audi di Malaysia.
“Tahun ini, kami telah memperkembangkan portfolio model kami di Malaysia; dari Q2 yang kompak ke Q8 yang bersaiz penuh. Kami turut memperkenalkan sedan besar premium, iaitu Audi A6, A7 Sportback dan A8,” kata Markus Schuster, ketua divisyen Audi Malaysia.
“Pembukaan Audi Centre Setia Alam adalah satu peristiwa penting bagi kami sebagai pengedar Audi di Malaysia dan merupakan rakan kongsi pertama kami di luar pasaran domestik. Dengan kapasiti yang meningkat di fasiliti baharu kami, kami kini lebih bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami,” kata Masamitsu Koki, Pengarah Urusan Rimau International.
Bersempena dengan pembukaan ini, orang ramai dijemput untuk menghadiri majlis rumah terbuka Audi Centre Setia Alam dari 4 hingga 5 Oktober 2019 untuk melihat dengan lebih dekat rangkaian SUV dan sedan terkini serta promosi yang ditawarkan.
Audi Centre Setia Alam beralamat di No. 22A, Persiaran Setia Dagang, Setia ALam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Bilik pameran dibuka setiap hari dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang manakala pusat servis dibuka dari Isnin hingga Sabtu dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
No Comment