Audi Perkenal A6 55 TFSI e quattro
Audi memperkembangkan portfolio model hibrid plug-in mereka dengan pengenalan model terbaru iaitu A6 55 TFSI e quattro.
Model ini menampilkan enjin 2.0-liter TFSI dengan 252 PS dan sebuah motor elektrik yang terletak di dalam unit transmisi yang menjana 143 PS (105 kW). Gabungan ini menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 367 PS dan 500 Nm.
Dengan transmisi S-tronic tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda quattro, sedan ini boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 5.6 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.
Dalam mod elektrik, kehadiran bateri lithium-ion berkapasiti 14.1 kWh membolehkan ia memecut sehingga 135 km/h. Jarak pemanduan elektrik yang ditawarkan adalah 53 km mengikut kitaran WLTP.
Pemandu mempunyai tiga mod pemanduan untuk dipilih iaitu EV untuk pacuan elektrik sepenuhnya, Hybrid untuk gabungan kuasa yang cekap serta Hold untuk memulihara baki tenaga elektrik yang ada untuk digunakan kemudian.
Pengecasan A6 55 TFSI e quattro mengambil masa kira-kira dua jam setengah di stesen pengecasan awam berkapasiti 7.4 kW. Audi e-tron Charging Service menawarkan lebih 110,000 pusat pengecasan di seluruh Eropah. Pelanggan boleh mencarinya dengan menggunakan aplikasi myAudi.
Walaupun ia sebuah hibrid, model ini tampil sporty dengan pakej luaran S Line yang dipadankan dengan pakej gayaan hitam. Antara kelengkapan standard termasuk lampu Matrix LED, tempat duduk sport, pendingin awa empat zon, Audi Virtual Cockpit, suspensi sport, rim 19 inci dan angkup brek merah.
Bagi pasaran jerman, A6 55 TFSI e quattro dijual pada harga bermula EUR68,850 (RM321,102).
No Comment