Graduan Baharu Dan Kakitangan Kerajaan Dipermudahkan Berhutang Beli Kereta Dengan Skim Proton & Bank Rakyat
PROTON dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan istimewa untuk para graduan baharu dan kakitangan kerajaan bagi kereta-kereta Proton terpilih. Pakej istimewa yang sah hingga 31 Disember 2019 ini menyediakan pembiayaan sehingga 100% bagi setiap pembelian.
Graduan baharu kena berusia antara 20 hingga 30 tahun serta kakitangan kerajaan berusia antara 18 hingga 60 tahun.
Skim ini hanya untuk kereta Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga. X70, sori naik lori. Tabuleh.
Bank Rakyat menawarkan kelulusan pembiayaan mudah sementara PROTON bagi pakej servis percuma sehingga dua tahun bergantung kepada model yang mereka pilih. Termasuklah kos pekerja dan alat ganti pun percuma.
Kenytaan Media