Khidmat Masyarakat

Ford Cuba Tingkatkan Amalan Pemanduan Berhemah Di Kalangan Pemandu Malaysia

Program percuma Driving Skills for Life Ford Kini di Sabah buat julung kalinya.  Ia merupakan sebahagian daripada program global Driving Skills for Life (DSFL).

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Dijadualkan pada 16 dan 17 November 2019, pendaftaran kini dibuka kepada para peserta yang berminat – daftar di Ford Kota Kinabalu, Sime Darby Auto ConneXion.

Bengkel separuh hari di dalam dua bahagian ini merangkumi kursus teori yang diadakan di bilik pameran Ford Kota Kinabalu manakala kursus praktikal pemanduan pula akan dijalankan di Stadium Likas.

Kena ada lesen memandu sah. Terhad kepada 30 peserta. Kenderaan yang akan digunakan adalah model-model berdasarkan Ford Ranger.

Berikut adalah waktu sesi-sesi yang ditawarkan:

16 November 2019 (Sabtu) 17 November 2019 (Ahad)
Sesi pagi: 8.30am – 1.00pm (30 orang) Sesi pagi: 8.30am – 1.00pm (30 orang)
Sesi petang: 1.00pm – 6.00pm (30 orang) Sesi petang: 1.00pm – 6.00pm (30 orang)

Untuk maklumat lanjut mengenai program Ford DSFL di Malaysia, layari: www.sdacford.com.my/news/promote-safe-driving

Ford DSFL 1 Ford DSFL 2 Ford DSFL 3

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Oktober 2019 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa buat julung kalinya program global Driving Skills for Life (DSFL) Ford akan berkunjung ke Sabah.

Program DSFL yang dianjurkan secara percuma ini bertujuan untuk mendidik pemandu tentang kemahiran yang diperlukan dalam amalan pemanduan berhemah, melangkaui program pembelajaran pemanduan standard. Dijalankan melalui latihan amali dan bengkel praktikal bersama jurulatih pemanduan, bengkel separuh hari di dalam dua bahagian ini merangkumi kursus teori yang diadakan di bilik pameran Ford Kota Kinabalu manakala kursus praktikal pemanduan pula akan dijalankan di Stadium Likas.

Terbuka kepada semua pemandu Malaysia yang memiliki lesen memandu yang sah, setiap sesi separuh hari ini mempunyai had kapasiti seramai 30 peserta yang akan dilatih cara pemanduan trak pikap yang selamat menggunakan model-model berdasarkan Ford Ranger.

Mereka yang berminat untuk turut serta digalakkan hadir ke bilik pameran Ford Kota Kinabalu bagi mengesahkan penyertaan kerana tempat adalah terhad. Mereka juga boleh menghubungi nombor telefon 088-425 355 untuk maklumat lanjut.

Berikut adalah waktu sesi-sesi yang ditawarkan:

16 November 2019 (Sabtu) 17 November 2019 (Ahad)
Sesi pagi: 8.30am – 1.00pm (30 orang) Sesi pagi: 8.30am – 1.00pm (30 orang)
Sesi petang: 1.00pm – 6.00pm (30 orang) Sesi petang: 1.00pm – 6.00pm (30 orang)

Untuk maklumat lanjut mengenai program Ford DSFL di Malaysia, layari: www.sdacford.com.my/news/promote-safe-driving

Previous post

Honda Malaysia Panggil Balik 23,476 Unit Kenderaan Mereka

Next post

BMW Sasar Rakan Niaga Korporat Dengan Solusi Mobiliti Korporat Terbaharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *