Honda Jazz Generasi ke-4 – Masuk Malaysia Ke Tidak?
Anda mungkin sudah sedia maklum bahawa Honda akan mendedahkan Jazz/Fit generasi keempat di Tokyo Motor Show 2019. Di Malaysia, Jazz adalah antara model hatchback paling popular dengan jualan melebihi 100,000 unit sejak ia diperkenalkan pada 2003.
Salah satu penyumbang kejayaan Jazz adalah pempakejannya. Ia mempunyai susun atur unik di mana tangki bahan api diletakkan di tengah bagi membuka lebih banyak ruang di dalam kabin. Untuk hatchback segmen-B, Jazz boleh dikatakan amat luas.
Tetapi Jazz juga kurang berhadapan dengan cabaran daripada jenama-jenama Jepun yang lain di Malaysia sejak beberapa tahun ini. Walaupun Myvi dan Iriz berebut-rebut untuk mendapatkan majoriti di antara pembeli hatchback di Malaysia, Jazz hanya perlu bersaing dengan Mazda 2 di peringkat atasan segmen ini.
Tetapi kini Jazz perlu menghadapi saingan daripada Yaris CKD yang dilancarkan baru-baru ini, sementara Proton pula bakal memperkenalkan X50 pada 2020. Sudah pasti kita akan dapat melihat debut Jazz baharu menjelang akhir bulan ini, namun kemasukan model itu ke Malaysia masih menjadi persoalan.
Satu perkara yang Honda Malaysia lakukan secara konsisten adalah mereka hanya melancarkan model versi pemasangan tempatan jika mereka mempunyai strategi untuk menjadi pendahulu segmen tersebut. Adakah mereka akan menghasilkan versi pemanduan sebelah kanan bagi Gienia/City Hatchback yang dilancarkan di China? Honda dilaporkan telah mendaftarkan nama City Hatchback di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPo), namun apa-apa pun kita perlu tunggu dan lihat.
No Comment