Bisnes

Jualan Suku Ketiga Ford Ranger Meningkat 12 Peratus

Permintaan terhadap Ford Ranger terus kukuh dalam suku ketiga dengan peningkatan jualan sehingga 12 peratus dari suku sebelumnya.

BHP-Banner Contest

Jualan mantap ini melonjakkan pegangan saham Ranger bagi segmen pikap untuk suku ketiga sebanyak 16.2 peratus, peningkatan 1.5 mata peratusan berbanding suku kedua tahun ini.

“Ford Ranger terus menjadi penanda aras untuk segmennya dengan versatiliti, teknologi terkini, ciri-ciri keselamatan, keselesaan dan sisi luaran yang garang,” kata Syed Ahmad Muzri bin Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion. “Kami berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan Ford dalam meningkatkan lagi kecemerlangan dalam pengalaman pemilikan Ranger untuk para pelanggan”

Ford Ranger Raptor 2

Ranger ‘Built Ford Tough’ kekal menjadi pilihan para pelanggan trak pikap di Malaysia yang begitu teruja dengan sebuah kenderaan yang melengkapi keperluan harian kerja dan cara hidup pemiliknya.

Selain daripada menjadi pikap terlaris di pasaran, Ranger juga merupakan sebuah kenderaan yang menerima paling banyak anugerah untuk segmennya. Sebagai contoh, ia dinobat sebagai Trak Pikap Terbaik di 2019 DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards (VOTY) dan Trak Pikap Terbaik 2019 di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards.

Previous post

Mercedes-Benz Panggil Balik 670,000 Kenderaan Diesel Seluruh Dunia

Next post

BMW M235i xDrive Gran Coupe Dilancarkan Dengan Harga RM147k ...... Sebelum Cukai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *