Berita Auto

Mazda CX-8 Dilancarkan di Malaysia Dalam Versi CKD

Bermaz Motor hari ini melancarkan Mazda CX-8 baharu versi CKD. Diposisikan antara CX-5 dan CX-9, SUV tiga barisan tempat duduk ini ditawarkan dalam empat varian iaitu Skyactiv-G 2WD Mid, Skyactiv-G 2WD Mid Plus, Skyactiv-G 2WD High dan Skyactiv-D AWD High.

Mazda CX-8

Menurut Mazda, ruang kabin dibangunkan dengan menggunakan segenap ruang yang ada bagi membolehkan setiap penumpang duduk dengan selesa. Sebagai contoh, kerusi barisan ketiga mempunyai ruang kaki sebesar 75 mm dan boleh menempatkan penumpang dengan ketinggian sehingga 170 cm.

IMG_1010

Bukan itu sahaja, pintu belakang boleh dibuka dengan sudut mencecah 80 darjah bagi membolehkan penumpang keluar dan masuk dengan selesa.

IMG_1003

Beberapa penambahbaikan juga dilakukan bagi menghasilkan suasana kabin yang senyap. Antaranya adalah penggunaan bahan penyerap getaran pada panel fender belakang dan bahan penyerap bunyi pada dasar tiang B. Jurang antara moulding bumbung dan spoiler turut dikurangkan untuk meminimumkan bunyi angin.

CX-8 didatangkan dengan tiga konfigurasi tempat duduk berbeza. Varian asas Skyactiv-G 2WD Mid didatangkan dengan tujuh tempat duduk (2-3-2), manakala Skyactiv-G 2WD Mid Plus mempunyai enam tempat duduk (2-2-2) dengan tempat duduk kapten pada barisan kedua.

IMG_0998

Sementara itu, Skyactiv-G 2WD High dan Skyactiv-D AWD High turut hadir dengan enam tempat duduk tetapi dengan konsol tengah pada barisan kedua.

IMG_1016

Model Skyactiv-G menampilkan enjin petrol 2.5-liter empat silinder VVT dengan 192 hp pada 6,000 rpm dan 258 Nm pada 4,000 rpm, manakala model Skyactiv-D dengan enjin diesel 2.2-liter empat silinder yang menjana 188 hp pada 4,500 rpm dan 450 Nm pada 2,000 rpm. Semua varian mendapat transmisi automatik enam kelajuan dan G-Vectoring Control (GVC).

IMG_0985

Di dalam, varian Skyactiv-G 2WD Mid dan Mid Plus didatangkan dengan upholsteri fabrik manakala dua varian lagi tampil dengan upholsteri kulit Nappa. Sistem pendingin hawa tiga zon dengan corong udara belakang, serta ciri pelarasan kuasa pada kerusi pemandu adalah antara kelengkapan standard yang ada pada semua varian CX-8.

IMG_0999

Apple CarPlay dan Android Auto didatangkan standard dan boleh diakses menerusi paparan Mazda Connect berukuran tujuh inci. Ciri ini membolehkan pemandu menggunakan aplikasi seperti Waze, Google Maps dan Spotify tanpa mengganggu tumpuan mereka.

IMG_0991

Bagi sistem keselamatan, semua varian dilengkapi dengan enam beg udara, ABS dengan Electronic Brake Distribution, Brake Assist dan Traction Control System. Emergency Stop Signal, Hill Launch Assist dan Impact Absorbing Bonnet (bonet serap impak) juga boleh didapati dalam semua varian.

IMG_0994

CX-8 (kecuali varian Skyactiv-G Mid) turut mendapat teknologi keselamatan termaju i-Activsense yang merangkumi Blind Spot Monitoring (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan Smart City Brake Support.

IMG_1005

Dipasang di kilang pengeluaran Inokom di Kulim, Kedah, CX-8 boleh didapati dalam warna Soul Red Crystal, Machine Grey, White Pearl, Deep Crystal Blue, Sonic Silver dan Jet Black.

IMG_1006

Model ini kini dibuka untuk tempahan tetapi harga rasmi hanya akan diumumkan kemudian. Ia didatangkan dengan jaminan selama lima tahun/100,000 km dengan lima tahun/100,000 km penyelenggaraan percuma.

Previous post

Mazda CX-5 2.5T AWD Lancar di Malaysia

Next post

Naza Kia Malaysia Bagi Peluang Anda Berjumpa Blackpink Di Korea

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *