Berita Auto

Mercedes-Benz GLA 200 Style Kini di Malaysia

Selain daripada B200 Progressive Line, Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan GLA 200 Style sekaligus memperkembangkan barisan model kompak mereka bagi pasaran negara ini. Model ini dijual pada harga bermula RM223,888. Menerusi pakej Agility Financing, ia boleh menjadi milik anda dengan ansuran bulanan serendah RM3,288.

Mercedes-Benz GLA200 Style

Di bawah hud model ini adalah enjin turbo 1.6-liter empat silinder yang menghasilkan 156 hp pada 5,300 rpm dan 250 Nm dari 1,250 hingga 4,000 rpm. Dengan transmisi klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 8.1 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 215 km/j.

????????????????????????

Berbeza dengan varian-varian GLA lain yang ditawarkan oleh MBM, varian ini tampil dengan pakej luaran Style Line bermakna ia didatangkan dengan rim lima batang berkembar 18 inci dan penyudah krom tambahan pada trim radiator. Penyudah krom juga boleh didapati pada bahagian bawah tingkap sisi dan but.

????????????????????????

Di dalam, model ini mendapat gabungan kulit Artico dan fabrik Macapá yang dihiasi dengan corak bermotifkan bunga tayar. Turut disertakan adalah sistem multimedia berukuran 8 inci dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, selain suis Dynamic Select pada bahagian atas panel kawalan.

????????????????????????

Ciri-ciri keselamatan dan bantuan pemandu yang terdapat pada GLA 200 Style termasuklah Attention Assist, sistem Active Brake Pre-Safe, Active Parking Assist dengan Parktronic dan juga lampu LED berprestasi tinggi.

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Lancar B 200 Progressive Line

Next post

Kawasaki Ninja 650 (2020) Hadir Dengan Lebih Banyak Kelengkapan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *